Satu detik yang mengejutkan berlaku di dalam aksi PSG menentang Istanbul Basaksehir. Di mana perlawanan terpaksa dihentikan kerana pemain tidak mahu bermain.
Ketika perlawanan masuk ke minit ke-13, para pemain Istanbul Basaksehir dan pegawai mereka telah memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan dan kembali ke bilik persalinan.
Ini kerana, menurut Independent, pegawai keempat perlawanan, dilaporkan menggunakan ayat rasis kepada staf Istanbul Basaksehir, Pierre Webo – bekas pemain antarabangsa Cameroon.
Weibo berkali kali bertanya kepada pegawai keempat tersebut: “Kenapa kamu kata negr*?”
Racist remarks from the 4th official towards the assistant manager ends with both PSG and Istanbul walking off the pitch. Disgusting scenes. #KickItOut. pic.twitter.com/Inh9pbHgKt
— Eduardo Hagn (@EduardoHagn) December 8, 2020
Pemain dan staf Istanbul Basaksehir sangat marah dengan keadaan tersebut yang berlangsung di Parc des Princes.
So this is what happened in the PSG vs Istanbul game pic.twitter.com/WOEXG54ypj
— ً (@lfcvxnz) December 8, 2020
Demba Ba antara pemain yang sangat marah di tepi padang. Dia dengan jelas menyatakan pegawai keempat merujuk pemain berkulit hitam sebagai: ‘This black guy’.
Ba dengan jelas berkata: “Kamu tak pernah cakap ‘this white guy’, kamu kata ‘this guy’., Tetapi apabila kamu berkata… dengar apa apa saya kata… jadi kenapa apabila menyebut orang kulit hitam kamu harus berkata ‘this black guy’?”
Demba Ba responding to what was said by the fourth official in PSG vs Basaksehir pic.twitter.com/mFGJgSW1X4
— FIFA 21 News (@FUT21News) December 8, 2020
Selepas Istanbul Basaksehir memutuskan untuk keluar padang dan meninggalkan perlawanan, para pemain PSG dan pegawa mereka turut keluar sekali.
PSG vs. Istanbul Basaksehir has been suspended as both teams walked off the field to protest alleged racial abuse by the fourth official toward Istanbul assistant manager Pierre Webo.
(via @UCLonCBSSports) pic.twitter.com/tVd4lqGnMI
— Bleacher Report (@BleacherReport) December 8, 2020
Perlawanan dihentikan pada kedudukan 0-0.
Apa yang pasti pegawai tersebut pasti akan berdepan dengan tindakan yang sangat berat.
UEFA adalah sebuah badan yang sangat menentang isu rasis. Ia agak memalukan kerana pegawai perlawanan daripada UEFA sendiri terlibat dalam insiden berkaitan rasis.
Ramai yang memberikan tabik hormat kepada PSG kerana turut memberikan sokongan kepada Istanbul Basaksehir.
Ketika artikel ini sedang ditulis, selepas 40 minit daripada insiden, para pemain PSG sudah sedia untuk menyambung semula perlawanan.
Namun para pemain Istanbul Basaksehir masih enggan meneruskan perlawanan.
Perlawanan terpaksa dihentikan seketika. Dan UEFA akan mengemaskini status perlawanan.