VIDEO: Lihat Detik Potong Bawang Brandon Williams Hadiahkan Ayahnya Mercedes Sempena Harijadi

Pemain muda berbakat besar Manchester United, Brandon Williams telah memberikan kejutan harijadi kepada ayahnya. Ini apabila pemain itu menghadiahkan sebuah kereta Mercedes kepada ayahnya.

Ayahnya menyatakan dia terlalu teruja sampai terketar ketar seluruh badannya. Seakan akan tak percaya bahawa beliau menerima kereta mewah itu daripada anak lelakinya yang baru berusia 19 tahun itu.

Dalam video tersebut ayahnya seakan akan tak percaya dengan hadiah itu: “Yang tu ke? Serius ni? Saya dah terketar ni.”

Ayahnya mendapat ucapan selamat harijadi dan kemudian menyambung: “Korang semua bergura ke? Ke korang saja nak kenakan aku?”

Brandon Williams, pemain berusia 19 tahun itu kemudian menuju ayahnya dan menyerahkan kunci sambil berkata: “Tak [ini bukan satu gurauan], pergilah periksa sendiri.”

Ramai peminat bola sepak terharu dengan detik tersebut dan menyatakan mereka berbangga melihat anak muda seperti Brandon Williams yang membalas jasa ayahnya.

Bukan nilai kereta itu yang menjadi ukuran, namun keikhlasan dan kegembiraan pada wajah ayahnya.

Saksikan detik menyentuh perasaan itu di sini:

Brandon Williams merupakan salah seorang pemain muda yang mendapat perhatian media selepas aksi cemerlangnya musim ini.

Beliau bermain dalam beberapa perlawanan United musim ini di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Brandon Williams merupakan pemain yang serba boleh. Di mana beliau boleh bermain di posisi bek kiri mahupun bek kanan.

Beliau mulai diberikan debut sebagai pemain gantian dalam Piala EFL menentang Rochdale pada September 2019.

Sebulan kemudian, beliau diberikan kontrak profesional dan menempatkan diri dalam pasukan senior Man United.

Musim ini beliau sudah bermain dalam 12 aksi Liga Perdana Inggeris. Beliau menjaringkan gol sulungnya dalam aksi berhadapan dengan Sheffield United.

Baca yang lain