[VIDEO] Lihat Emi Martinez Main Psywar Request Ronaldo Ambil Penalti

Emi Martinez sekali lagi melakukan aksi panas dan kontroversi. Kali ini mantan penjaga gol Arsenal itu meminta Ronaldo untuk mengambil sepakan penalti.

Man United dihadiahkan sepakan penalti masa kecederaan separuh masa kedua.

Bruno Fernandes dilihat memegang bola untuk mengambil tugasan tersebut. Martinez kemudian menunjuk ke arah Ronaldo meminta pemain legenda itu mengambil sepakan penalti itu.

Keadaan itu membuatkan Ronaldo agak bengang dan ditenangkan oleh Paul Pogba.  Cavani turut menenangkan sedikit Emi Martinez.

Fred juga dilihat berkali kali cuba menghalang Martinez daripada pemain pemain United.

Tindakan Martinez itu dilihat memberikan kesan psikologi kepada Bruno kerana dia seolah olah mahu berdepan dengan penyepak penalti terbaik dalam pasukan United iaitu Ronaldo dan bukannya Bruno.

Apa yang berlaku selepas itu, Bruno merembat tinggi bola melewati palang gol.

Aston Villa sebelum itu mendahului 1-0 menerusi Kortney Hause pada minit ke-88. Hause kemudian menampan bola dengan tangannya dan memberikan penalti kepada United.

Bruno berpeluang besar untuk sekurang kurangnya menyelamatkan pasukannya dari kalah. Malang sekali perkara itu tidak berlaku.

Saksikan detik Emi Martinez mencabar Ronaldo di sini:

Martinez memang kuat psikologi di atas padang. Sebelum ini dia pernah menyahut perang psikologi dengan pemain pemain Colombia dalam kempen Copa America.

Argentina dan Colombia perlawanan berlarutan ke penentuan penalti.

Penjaga gol Argentina, Emi Martinez menggunakan kesempatan dalam keadaan stadium sunyi tanpa penyokong untuk menyerang lawannya dengan perang saraf. Emi telah melakukan trash talk kepada kesemua pelaksana penalti Colombia.

Cuadrado memulakan penalti Colombia dengan tenang dan masuk. Ianya dibalas oleh Messi.

Davinson Sanchez kemudian gagal menewaskan Emi Martinez. Seterusnya Argentina juga gagal apabila De Paul melakukan percubaan lambung tak masuk akal.

Ketika Yerry Mina sedang memasang kekudanya, Emi Martinez berterusan memberikan kata kata psikologi dan membuatkan Mina hilang fokus lalu penaltinya diselamatkan.

Paredes kemudian meletakkan Argentina 2-1 di hadapan.

Borja tampil bersahutan dengan Martinez untuk menganjing satu sama lain. Dia tak tahu agaknya Martinez memang tunggu dia masuk perangkap.

Emi tenang mendengar makian Borja. Dan pemain itu menunjukkan kualiti penaltinya. Dia kemudian menyepak masuk dan meraikannya dengan menendang bola sekali lagi di hadapan Emi Martinez. Sambil melakukan beberapa aksi depan Martinez.

Sedikitpun Martinez tidak tergugat. Malah rakan Borja pula, Edwin Cardona yang tergugat dan gagal menyempurnakan penaltinya.

Saksikan detik itu di sini:

Martinez terus membuktikan bahawa dia selayaknya menjadi no.1 Argentina. Tujuan utama beliau meninggalkan Arsenal ke Aston Villa – salah satu daripadanya kerana mahukan minit perlawanan untuk menjamin tempatnya dalam pasukan kebangsaaan Argentina.

Martinez kemudian meraikan kemenangan Argentina di bilik persalinan dengan tarian kuda Borja:

Aksi heroic itu dianggap sebagai salah satu aksi terpenting dalam karier Martinez. Beliau berjaya membaca 4 daripada 5 penalti lawannya. 3 berjaya diselamatkan. Maka kamu tak boleh kata itu satu kebetulan. Pasti ada kerja keras di sebaliknya di kem Argentina dan Emi Martinez sendiri.