[VIDEO] Lihat Fabinho Tukar Jersi Dengan Louie Barry Dan Kembalikannya Semula

Share on facebook
Share on twitter

Louie Barry telah meninggalkan momen yang ajaib dalam Piala FA. Sememangnya tradisi piala FA itu sendiri sarat dengan momen seperti ini.

Pemain berusia 17 tahun itu telah menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa pertama. Beliau berlari mengatasi Rhys Williams dan menyudahkan peluang satu lawan satu dengan tenang sekali.

Liverpool bangkit menjaringkan 3 gol lagi pada separuh masa kedua untuk menang 4-1. Villa terpaksa menurunkan skuad B-23 mereka kerana pasukan utama diserang wabak.

James Pearce melaporkan bahawa banyak kereta ibu bapa yang datang ke Villa Park menghantar anak anak mereka untuk perlawanan tersebut.

Villa memberikan 16 debut kepada para pemain muda mereka dalam aksi semalam.

Louie Barry sempat mencuri perhatian dunia buat seketika dengan gol lawanya. Jurgen Klopp selepas perlawanan menyifatkan Louie Barry sebagai Little Jamie Vardy –  dan pemain itu telah memberikan ancaman yang sebaiknya kepada pasukannya.

Selepas tamat perlawanan para pemain muda Villa bertukar tukar jersi dengan bintang Liverpool. Louie Barry telah bertukar jersi dengan bintang Brazil, Fabinho.

Fabinho mengucapkan syabas kepada pemain itu di atas gol dalam piala FA. Kedua dua mereka saling bertukar tukar jersi. Barry tercari cari pemain untuk bertukar jersi. Dan beliau kelihatan agak malu malu.

Namun selepas itu pemain itu mengejar Fabinho dan mendapatkan semula Louie Barry. Fabinho memberikannya kerana beliau mahu pemain itu menyimpan jersi debutnya dalam aksi profesional bersama Aston Villa.

Oleh itu, Barry membawa pulang jersi Fabinho dan menyimpan jersi debutnya pada masa yang sama. Ianya jersi debut yangg pasti akan dikenang Barry seumur hidup.

Pemain muda Villans yang membbangakan

Pengurus pasukan belia Aston Villa, Delaney memberitahu bahawa Louie Barry memang seorang pemain yang sangat tenang di hadapan gol.

Sebelum ini Louie Barry bermain 6 bulan bersama dengan akademi Barcelona. Beliau kemudian kembali semula ke England menyertai kelab yang disokong dia dan keluarganya iaitu Aston Villa.

Louie Barry menganngap detik membocori gawang Liverpool sebagai detik terbaik dalam hidupnya setakat ini.

Para pemain muda Aston Villa membuatkan kelab mereka bangga. Malah Twitter Liverpool sendiri tak ketinggalan menzahirkan berkongsi rasa bangga dengan pemain pemain muda Aston Villa.

Para pemain muda Aston Villa telah melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

Baca yang lain