VIDEO: Lihat First Touch Elegan Riyadh Mahrez Yang Disempurnakan Dengan Gol Cantik

Jika ‘first touch’ itu adalah subjek di Universiti, maka Riyad Mahrez adalah antara profesornya. Pemain yang dikenali dengan skil serta sentuhan pertama yang hebat itu sekali lagi memukau dunia dengan keupayaannya.

Dalam aksi Mahrez menentang Al Riyadh di Liga Pro Saudi, pemain Algeria itu menerima bola terus daripada penjaga gol dan mengawalnya dengan sentuhan pertama yang hebat.

Bukan itu sahaja, sentuhan pertama itu juga terus me-lima-posen-kan atau nutmeg pemain lawan.

Kualiti sentuhan itu sukar dijelaskan kerapa ianya menghasilkan smallm touch ke kawasan yang terus membolehkan pemain itu memiliki ruang untuk melakukan rembatan ke gawang.

Tanpa berfikir panjang Mahrez menyudahkan semua orkestra itu dengan penyudah yang sangat cantik dan elegan.

Gol itu melengkapkan kemenangan 5-0 Al Ahli ke atas Al Riyadh. Mahrez sendiri menulis di X: “Dia dah tahu dah”

Peminat di X meletus melihat gol tersebut. Ada yang menganggap ia sebagai ‘best first touch ever’.

Ada juga yang menulis: “Hanyalah hari biasa untuk seorang Riyad Mahrez”.

Yang lain berkata: “Pertahanan itu mesti tak sanggup nak tengok balik gol ini, Mahrez apa yang kamu lakukan ini jahat.”

Sebelum gol kelima tersebut, Ivan Toney menjaringkan 2 gol, kemudian Aljohani dan Roberto Firmino masing masing 1 gol.

Kemenangan ini membolehkan Al Ahli kini berada di tangga ke 5. Hanya 3 mata di belakang Al Naser dalam persaingan Liga Pro Saudi.

Riyad Mahrez memiliki karier yang sangat luar biasa sebelum ini bersama dengan Leicester dan Man City. Di mana dia menjuarai EPL bersama sama dengan dua kelab tersebut.

Dia turut menjadi nadi penting Man City pada musim treble mereka dengan menjuarai UCL pertama dalam sejarah kelab itu.

Mahrez dianggap bintang dari Afrika yang sangat berbakat dan salah seorang yang paling berjaya di dalam sejarah.

Pep Guardiola menyatakan sukar untuk dia melepaskan Riyad Mahrez. Namun menghormati kehendak pemain tersebut yang meminta untuk dilepaskan ke kelab Saudi yang menawarkannya pakej gaji tidak masuk akal.