VIDEO: Lihat Gegenpressing Merecik Pasukan Bielsa – Leeds United

Marcelo Bielsa memang dikenali dengan gaya pengurusan taktikal moden.

Malah pengurus seperti Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino antara yang mengikut falsafah beliau.

Beliau gemarkan pasukan yang beriman dengan high tempo press. Menggunakan Counterpessing / gegenpressing apabila bertahan.

Saksikan salah satu gaya bertahan gaya Bielsa.

Sebaik sahaja hilang bola, pemain akan memburu dan menekan ball carrier.

Ianya berbeza dengan pendekatan rigid yang akan cuba fokus kepada reshape kepada pertahanan di belakang.

Keinginan pemain untuk memenangi bola semula sangat tinggi. Malah para penyokong turut menghargai usaha itu.

10 Perintah Bielsa

Beliau berkata, semua anak murid beliau yang berguru dengan beliau dibekalkan dengan 10 Perintah Bielsa:

“Pertama, sesiapa yang mengorbankan bola sepak canti (beautiful football) hanya kerana mahukan kemenangan, mereka mungkin akan berhadapan dengan saya.”

“Bola sepak adalah satu sukan yang harus dimainkan dengan seronok dan tenang. Saya akan kecewa jika ada anak murid saya yang mahukan semata-mata kemenangan dan bermain dengan teruk.”

“Kedua, pemain mungkin tidak akan melakukan sesuatu secara semulajadi. Mereka mungkin belajar dan lupakannya.”

“Namun apa yang mereka pernah mereka lakukan dalam hidup itu akan automatik keluar ketika saat-saat memerlukan. Sebab itu penting, berikan sahaja mereka latihan dan galakkan mereka mencuba di dalam perlawanan.”

“Ketiga, bola sepak yang tidak ada sistem pemain tengah ofensif (central attacking midfileder) adalah tidak lengkap.”

“Keempat, pemain perlu menghantar bola dalam kedudukan posisi badan terbuka bukannya membelakangkan gol. Anda tidak tahu ancaman dari belakang.”

“Kelima, ada 10 skema taktikal bola sepak. Semua pasukan harus belajar 10 skema itu di pusat latihan. Pasukan tidak harus melupakan skema taktikal itu walaupun berhadapan dengan lawan yang tidak dikenali.”

“Keenam, sebagai jurulatih, anda yang menentukan cara bermain. Anda boleh memilih 2 pilihan sama ada mahu lebih kawalan bola ataupun mahu lebih banyak mengejar bola.”

“Ketujuh, pemain perlu memudahkan permainan di ruang sempit. Jika anda gagal melakukannya, anda bukan pemain yang bagus. Sebab dalam banyak perlawanan, ruang itu kecil dan sukar.”

“Kelapan, hantaran yang baik adalah bola yang tidak melantun-lantun dan bola seperti bilah mesin yang sedang memotong rumput.”

“Kesembilan; semuanya bermula dengan bakat. Bakat adalah jawapan kepada semua perkara.”

“Kesepuluh; Keaslian adalah satu kualiti yang diperlukan oleh seorang jurulatih. Apa yang jurulatih mahukan dan cadangkan adalah disebabkan oleh emosi dan keyakinan mereka. Mental ialah bahagian paling penting dalam diri jurulatih.”