VIDEO: Lihat Gol Back Heel Flick Menggoda Dari Pemain Yang Dituduh Menganjing Ronaldo

Daegu FC mungkin agak malang musim ini setakat ini walaupun mereka menunjukkan aksi yang baik dalam beberapa perlawanan.

Hal ini kerana mereka masih belum memenangi sebarang perlawanan daripada empat perlawanan pembukaan mereka setelah seri v Sangju pada hari Jumaat lalu dalam kempen Liga Korea.

Cesinha menjaringkan gol yang sangat cantik dengan back heel flick yang memerangkap penjaga gol. Cesinha kini dianggap penyerang yang menjadi tumpuan dalam kempen musim ini.

Keupayaan dan kelincahan beliau di hadapan gol menjadi igauan ngeri pertahanan lawan.

Ianya bermula daripada satu serangan balas yang kemas dan klasi. Dalam keadaan 3 v 2, rakannya melorongkan hantaran rendah yang cantik.

Cesinha dengan tenang dan yakin menjaringkan gol dengan sentuhan back heel flick itu.

Namun sayang gol itu tidak mampu untuk memberikan tiga mata buat Daegu. Ini apabila Song Seung-min menyamakan kedudukan.

Daegu kini berada di kedudukan ke-9 dengan tiga mata daripada empat perlawanan.

Sementara itu, Sangju Sangmu di tempat ketiga dengan tujuh mata. Daegu akan  berkunjung ke Seongnam pada hari Ahad minggu hadapan.

Sangju Sangmu pula akan melakukan kunjungan ke ke Busan dalam pertlawanan berikutnya pada hari Sabtu.

Anda pasti ingat dengan Cesinha? Pemain yang turun dalam aksi perlawanan pra musim Juventus berdepan dengan K-League Stars.

Di mana Cesinha menjaringkan gol di dalam aksi tersebut, lalu meraiakannya dengan gaya Cristiano Ronaldo.

Ramai yang menganggap Cesinha menganjing Ronaldo yang tidak mahu bermain ketika itu kerana kurang cergas. Walaupun dipaksa untuk bermain oleh peminat Korea.

Malah ada peminat Korea yang nak menyaman Ronaldo kerana tak nak bermain. Maurizio Sarri pelik dengan kontrak yang diperstujui pengurusan tertinggi Juventus yang menyatakan Ronaldo kena bermain 45 minit kerana ramai peminat Korea Selatan membeli tiket perlawanan mahu menyaksikan beliau.

Pihak penganjur memberikan jaminan bahawa Ronaldo akan bermain. Namun, nama pun bola sepak, takkan nak paksa pemain tak fit bermain.

Berbalik kepada keraian Siiiiii Cesinha, beliau menyatakan ia satu penghormatan kepada idolanya. Bukan sebab nak menganjing.

Malah sejak dari dulu Cesinha meraikan gol dengan gaya itu.

Sebaik sahaja tamat perlawanan beliau turut menuju ke arah Ronaldo dan meminta jersi idolanya itu.

Baca yang lain