[Video] Lihat Gol Cut Inside & Curl Luis Diaz

Pemain sayap Liverpool, Luis Diaz meneruskan kecemerlangannya musim ini sama ada untuk kelab ataupun bersama pasukan kebangsaan negaranya Colombia.

Sebelum ini Luis Diaz membuka akaun gol beliau bersama Liverpool. Sejak berpindah ke Anfield, pemain itu terus menjadi watak kesayangan peminat kerana kualiti dipamerkannya di atas padang.

Terbaru Luis Diaz menjaringkan gol screamer cantik dengan melencongkannya mengatasi penjaga gol Bolivia dalam kemenangan 3-0 memihak Colombia.

Kemenangan yang terus menghidupkan lagi impian Colombia untuk ke Piala Dunia Qatar 2022.

Diaz membuka tirai jaringan pada minit ke-39 selepas menerima hantaran lintang daripada Juan Cuadrado.

Dia melarikan bola masuk ke zon lebih tunggu sebelum melakukan cut inside dan melencongkan bola ke far post. Penjaga gol langsung tidak ada peluang untuk menggapainya.

Dua lagi gol Colombia adalah menerusi Miguel Borja dan Mateus Uribe untuk melengkapkan kemenangan 3-0 Colombia.

Saksikan semula gol Luis Diaz yang cantik itu di sini:

Satu teknik yang sempurna daripada Luis Diaz.

Luis Diaz menyertai Liverpool musim ini pada jendela perpindahan pertengahan musim. Liverpool dilaporkan bertindak segera selepas Spurs menghampiri pemain itu dan Porto mempertimbangkan untuk menjualnya.

Diaz merupakan pemain yang memiliki corak permaknan pantas dan lincah.

Pemain yang berasal Colombia itu dibeli Liverpool dengan nilai £49 juta dari FC Porto.

Diaz merupakan inverted Winger yang bermain di sayap kiri. Posisi yang sama dengan Sadio Mane.

Liverpool menganggap rekrut Diaz ini sebagai rekrut untuk jangka masa panjang.

Dan sudah tentunya Diaz diharap akan memberikan impak segera dalam pasukan utama. Buat masa ini Diaz memberikan impak yang sangat baik.

Ketika pertama kali bercakap kepada media LFC, Diaz berkata: “Saya komited untuk tersedia pada hari ini, pada hari pertama saya di sini. Saya sudah berlatih sedikit pada hari ini, saya sudah berada di padang latihan dan di gimnasium.”

“Mindset saya sudah ditetapkan untuk bersedia membantu pasukan saya dan menyumbang kepada pasukan. Saya tersedia untuk dipilih pengurus dan kejurulatihan, bila bila masa mereka perlukan khidmat saya. Saya sudah bersedia untuk pergi ke mana sahaja.”

“Bagi saya, ini adalah pasukan yang sempurna, itu yang menjadi faktor dalam saya membuat keputusan untuk datang ke sini. Saya kenal gaya permainan pasukan ini, dan berharap ianya akan dapat membantu saya dengan banyak.”

“Ini adalah momen paling penting untuk saya, dan sekarang ini fokus adalah untuk berkerja 100%, itu perkara pertama, agar dapat menyediakan diri menjadi pemain yang cergas untuk perlawanan. Dengan itu barulah saya boleh beraksi dengan baik di atas padang.”

Bercakap tentang aspek kekuatan permainannya, Diaz menjelaskan bahawa dia seorang dribbler dan juga memiliki teknik yang sangat bagus dengan bola.

Luis Diaz menambah:”Saya rasa saya boleh memberikan banyak sumbangan kepada pasukan ini dengan skil, kelajuan dan teknik saya dengan bola serta kemampuan saya menggelecek.”

“Saya rasa, itu antara beberapa kekuatan saya. Saya juga boleh menjaringkan gol. Sebagai tambahan, saya mahu menghantar mesej salam perkenalan kepada penyokong.”

Diaz turut memberikan jaminan bahawa dia akan sentiasa memberikan 100% di atas padang.

“Dan saya berharap, jika kamu berterusan menyokong pasukan seperti mana yang kamu lakukan selama ini, saya akan memberikan 100% yang ada pada duru saya untuk membantu pasukan ini dan berharap dapat menggembirakan anda semua.”

Baca yang lain