VIDEO: Lihat Gol Gila Mohamed Salah vs Salzburg

Mohamed Salah menjaringkan gol kedua Liverpool dengan cara yang unthinkable.

Dia memiliki 2 peluang senang ataupun clear cut chances. Tetapi jantan Mesir itu memilih untuk melakukannya dengan cara remarkable.

Beliau miss dua peluang terbuka pada awalnya. Namun Salah memastikan gol beliau dikenang sehingga ke hujung nyawa.

Liverpool memecah kebuntuan menerusi Naby Keita pada separuh masa kedua – pada minit ke-57. Satu tandukan yang tepat.

Dan tidak lama selepas itu, jarak seminit, Mo Salah melakukan gol yang mana beliau agak berada di byline sebab melarikan bola itu.

Daripada crossing zone, Salah tiada rakan dalam kotak penalti dan beliau memilih untuk melakukan percubaan ke arah gol.

Korang layan kat sini sebelum video ni kena tarik.

https://twitter.com/i/status/1204479564812029952

Ianya gabungan teknik dan juga decision making yang sangat baik. Keyakinan tu penting nak buat benda macam tu.

Gol itu adalah dengan weaker foot dan dalam keadaan dia benar benar berhampiran dengan garisan penghujung padang.

Akibat gol ini, Salah menjadi hensem kembali selepas menjadi jejaka paling menimbulkan kemarahan sebelum gol ini.

https://twitter.com/i/status/1204479296485625856

Itu benar-benar wicked gol kan? Sukar untuk melakukan gol seperti itu.

Penjaga gol Salzburg 2 kali keluar line dan kena bolos. Beliau beraksi cemerlang secara keseluruhannya. Menafikan beberapa peluang gol Liverpool.

Liverpool perlu mengelakkan daripada kalah dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Kalau tak mereka akan ucap selamat tinggal.

Baca yang lain