Video: Lihat Gol Jahat Martial Akhiri Kemarau Hatrik 7 Tahun 63 Hari United Dalam Liga

7 tahun penantian oleh Man United untuk melihat pemain mereka menjaringkan hatrik dalam EPL akhirnya terlerai.

Kemarau itu ditamatkan oleh Anthony Martial – menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik sejak 2013 – dalam kempen EPL.

Ataupun, yang pertama sejak era Sir Alex Ferguson berakhir di Man United.

Mungkin ramai yang tak tahu pun siapa penjaring hatrik terakhir itu. Cuba korang teka siapa pemain itu?

Sejak hatrik terakhir United dalam EPL sebelum ini, sudah 21 kelab berjaya mencatatkan ama penjaring hatrik di dalam kempen mereka. Martial ternyata telah berjaya menamatkan badi itu.

Martial menjadi nadi penting United dalam aksi yang dilihat bakal menghancurkan impian ke Eropah oleh Sheffield United.

Martial membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi sentuhan pantas di depan penjaga gol. Kredit kepada Marcus Rahsford yang melorongkan bola deras ke near post.

https://twitter.com/i/status/1275842701750124544

Teknik yang serupa dilakukan Martial ketika menyambar hantaran Wan Bissaka untuk gol kedua pada minit ke-44.

Martial dengan tenang merembat bola itu mengatasi pertahanan lawan.

https://twitter.com/i/status/1275847976968208385

Martial berpeluang menamatkan penantian hatrik itu lebih awal, selepas Pogba menggelecek pemain lawan, namun percubaan Martial liar.

Pada minit ke-74, pemain Perancis itu akhirnya mencatatkan hatrik pertama dalam karier profesional beliau.

Sekaligus menutup rapat sebarang usaha Sheffield untuk bangkit dalam perlawanan ini.

Berbalik kepada soalan pemain terakhir mencatatkan hatrik dalam Liga Perdana Inggeris untuk Man United sebelum Martial melakukannya hari ini ialah – usual suspect – bak kata orang – iaitu Robin Van Persie.

Van Persie mencatatkan hatrik tersebut 7 tahun dan 63 hari yang lalu menentang Aston Villa pada 2013. Ianya adalah hatrik pada 263 perlawanan EPL yang lalu.

Man United menang 3-0 ke atas Sheffield United. Kemenangan yang meletakkan United hanya dua mata di belakang Chelsea – yang berada di tangga keempat.

United kini mengutip 49 mata, manakala Chelsea dengan 51 mata. Namun skuad bimbingan Frank Lampard masih ada baki satu perlawanan.

Sebagai tambahan, Martial menjaringkan 11 gol liga musim ini dalam semua pertandingan. Menjadikannya musim paling produktif untuk beliau, walaupun agak mamai pada aksi sebelum ini.

Tetapi Martial seperti sudah mendapatkan semula taringnya. Kini beliau perlu memastikan konsitensi di dalam permainannya.

https://twitter.com/i/status/1275860572672872449

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan