[VIDEO] Lihat Gol Lawa Dan Skil Kungfu Zlatan Yang Memukau Pada Usianya 39 Tahun

Penyerang veteran AC Milan berusia 39 tahun, Zlatan Ibrahimovic sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dan penuh keremajaan berdepan dengan Cagliari.

Di mana pemain Sweden itu menjaringkan 1 lagi gol dalam aksi Serie A untuk terus meletakkan AC Milan di puncak liga dengan tiga mata di atas musuh tradisi yang juga musuh sebandar iaitu Inter Milan.

Zlatan menjaringkan gol pembukaan AC Milan dari titik penalti pada minit ketujuh. Zlatan menjaringkan satu lagi satu lagi gol AC Milan pada separuh masa kedua.

Gol tersebut sangat menarik di mana Zlatan menerima bola hantaran panjang di dalam kotak penalti, menerimanya dengan kawalan kemas dan kemudian melakukan rembatan deras yang menggegar jaring.

AC Milan terpaksa menamatkan aksi dengan 10 pemain sejak minit ke-74 selepas Alexis Saelmaekers dibuang padang.

Selain itu, Zlatan menjadi perhatian sekali lagi apabila melakukan hantaran back heel dengan gaya kung fu menggunakan outside boot beliau. Bola tersebut tepat kepada Diogo Dalot yang melakukan larian tanpa bola dari sebelah kiri.

Zlatan sememangnya dikenali dengan kemahiran ala ala kung fu ini. Beliau malah pernah menjaringkan beberapa gol ikonik dengan gaya tersebut beberapa tahun lalu.

Jadi ianya bukan perkara yang baru untuk seorang bernama Zlatan. Saksikan aksi Zlatan ketika melakukan hantaran tersebut di sini:

Peminat bola sepak teruja dengan gaya yang hebat dan elegan daripada pemain terbaik sepanjang zaman Sweden itu.

Zlatan Ibrahimovic yang seringkali menggelar dirinya sang singa benar benar menjadi nadi penting AC Milan sejak menyertai mereka musim lalu.

Dalam aksi berdepan Cagliari, pada usianya 39 tahun, beliau beraksi sepenuh masa. Melakukan 3 percubaan ke arah gol dan 2 daripadanya menerjah gawang gol.

Masih bertenaga memenangi 11 duels secara kesuluruhannya di atas padang.

ย 

Singa tua tersebut sudah menjaringkan 13 gol dalam 13 perlawanan di semua pertandingan musim ini โ€“ dan 12 daripada gol beliau adalah dalam aksi Serie A. Sangat luar biasa.

Beliau bukan sahaja menjadi penyerang berbisa, namun beliau juga seorang pemimpin di atas padang.

Adakah anda rasa AC Milan akan menamatkan kemarau kejuaraan Serie A pada musim ini dan kembali semula ke pentas UCL pada musim hadapan?

Harus diingat Zlatan Ibrahimovic antara pemain yang membantu AC Milan menjuarai Serie A terakhir msreka sebelum ini.

ย