Video: Lihat Gol Menarik Suphanat Mueanta Dengan Close Control Padu

Pemain kebangsaan B-23 Thailand, Suphanat Mueanta sekali lagi menjadi topik perbualan kerana kehebatannya.

Kali ini pemain muda berusia 17 tahun Thailand itu melakukan gol yang menarik hasil kawalan bola yang padu.

Bukan senang mengawal bola dalam keadaan ruang kecil ketika sedang berlari.

Namun beliau melakukannya dengan sangat baik.

Suphanat Mueanta merupakan pemain yang menjadi pemula gerakan dari bahagian tepi padang.

Beliau kemudian melakukan larian tanpa bola yang cantik.

Kredit juga kepada hantaran yang sangat baik hasil daripada visi pemain yang baik
Ia hasil gabungan, visi, antisipasi, serta teknikal dan skil. Disudahi pula dengan penyudah yang tajam.

Apa lagi yang lebih indah daripada ini? Gol pembukaan di hadapan fans sendiri dan gol yang menarik secara berpasukan.

Korang boleh lihat gol pembukaan beliau dalam Piala AFC B-23 berhadapan dengan Bahrain itu kat sini:

Thailand menang besar 5-0 ke atas Bahrain dalam aksi pembukaan di Stadium Rajamangala. Thailand merupakan pasukan tuan rumah kejohanan pada kali ini.

Kemenangan ini menyaksikan Thailand kini berada di tangga teratas kumpulan A. Ini selepas Iraq dan Australia terikat seri dalam satu lagi aksi.

Kejohanan ini sangat penting. Ini kerana ianya menawarkan 3 tempat kepada pasukan yang berjaya untuk ke Olimpik Tokyo 2020.

Perlawanan kedua pasukan Thailand dalam hadapan dengan Australia. Ia adalah perlawanan yang penting kerana pasukan Australia diletakkan sebagai pasukan pilihan utama dalam kumpulan ini.

Korang layan highlight di sini kemenangan 5-0 Thailand ke atas Bahrain.

Lain macam geng Abey Choprat ni.

Baca yang lain