VIDEO: Lihat Kean Melatah Dan Sepak Kelaut Kerana Dipekik Van Dijk Dengan Kuat

Virgil Van Dijk merupakan pertahanan tengah yang terbaik di dunia pada ketika ini. Sebenarnya malas nak cerita tapi orang asyik up dan iktiraf dia je. So terpaksalah cerita.

Beliau merupakan pemenang anugerah pemain terbaik UEFA 2018/19.

Van Dijk menjadi pemenang tempat kedua FIFA Best di belakang Messi.

Dan kemudian sekali lagi menjadi pemenang tempat kedua dalam Anugerah Ballon d’Or – yang juga tewas kepada Lionel Messi di dalam perebutan tersebut.

Antara kejayaan lain beliau sebagai individu adalah menjadi pemain terbaik PFA 2018/19.

Van Dijk turun dalam aksi menentang Everton pada malam Derbi Merseyside. Beliau ada kenangan indah dalam derbi ini. Pernah skor dalam perlawanan debutnya.

Liverpool menang dengan jaringan 5-2. Kemenangan yang membolehkan mereka terus kekal di puncak Liga dengan jarak yang jauh.

Manakala Marco Silva kehilangan jawatannya selepas kekalahan dalam perlawanan ini.

Terdapat satu peristiwa yang menarik dan juga melucukan bagi sesetengah orang. Tetapi agak seram untuk dikenang oleh Moise Kean.

Ianya apabila Van Dijk cuba mengejar Moise Kean. Dalam keadaan Beliau sudah diatasi dengan kepantasan pemain tersebut, Van Dijk telah menggunakan teknik tersendiri untuk menghalang pemain itu melakukan gol.

Mungkin Virgil Van Dijk pernah mengalami trauma kerana di-sound oleh ibunya ketika kecil semasa bermain bola. Lalu Virgil Van Dijk mengaplikasikan teknik itu di dalam taktikal bertahan beliau.

Virgil Van Dijk telah melancarkan satu teknik pekikan di sebelah telinga kanan Mouse Kean.

Kean yang terkejut beruk dengan suara bunyi orang menjerit telah melatah dan melakukan sepakan yang tidak tepat dalam keadaan satu lawan satu.

Amat jarang sekali kita melihat teknik ini dikeluarkan oleh Virgil Van Dijk. Mungkin ia disimpan untuk bermain di negaranya.

tetapi beliau terpaksa mengeluarkan kuasa itu lebih awal dalam perlawanan menentang Everton di dalam Liga Perdana Inggeris.

Kean jelas tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Beliau yang wajah persis Booker T Hanya mampu terbeliak matanya dengan tangan menutup mulut. Seolah olah orang yang miss satu nombor belakang ketika membeli Sports Toto.

Van Dijk menjeling bahagian gegendang telinga Kean
Ketika Kean menghayun kakinya, Van Dijk melancarkan jurus pekikan beliau
Kean: Opocot mak kau

Kean sedar daripada melatah dan melihat bola bergolek tanpa tujuan

Kean sangat tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku dalam keadaan telinganya berdengung. Marco Silva pula mengetahui bahawa pekikan itu bakal membuatkan beliau hilang jawatan.

Anda boleh lihat dengan jelas di bawah ini insiden yang menggemparkan dunia itu.

Liverpool meraikan kejayaan mengecat merah bandar Merseyside pada hari ini. Menang besar dengan 5 gol. Tak kisahlah pasal bolos tu kan. Yang penting 3 mata.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di