Antonio Conte dikenali dengan sikapnya yang sangat bersemangat di tepi padang. Dalam aksi berdepan Manchester City, pengurus asal Itali itu meraikan gol Harry Kane bersama sama dengan staf kejurulatihannya.
Mana Conte tak naik gila, Harry Kane memberikan kemenangan kepada Spurs ke atas juara bertahan dengan gol minit 90+5. Hanya 3 minit selepas Riyad Mahrez menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.
Aksi antara Manchester City dan Tottenham merupakan aksi tumpuan pada minggu ini dalam EPL.
Di mana Manchester City mahu melebarkan jurang mata kepada 9 mata sekali lagi selepas Liverpool menang dalam aksi sepak mula lebih awal.
Malangnya, Spurs memberikan City satu lagi kekalahan musim ini. Sebelum ini di bawah kendalian Nuno Espirito Santo, pun Spurs menang.
Spurs mendahului seawal minit ke-4 menerusi pemain baharu mereka Dejan Kulusevski.
Namun gol itu disamakan oleh Ilkay Gundogan sebelum rehat separuh masa pertama.
Harry Kane meletakkan Spurs di hadapan sekali lagi pada separuh masa kedua menerusi gol cantik hasil umpanan Son Heung Min.
Kemudian Manchester City menyerang Spurs bertali arus. City mendominasi permainan. Namun Conte menggunakan masterclassnya dalam bertahan berdepan taktikal Guardiola.
Kane hampir menambah gol lagi tetapi gol dibatalkan kerana Kulusevski ofsaid terlebih dahulu.
Pada masa kecederaan, Riyad Mahrez menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Cuti Romero. Ya memang nama dia Cuti tapi bukan bermaksud dia berlibur.
Ketika Spurs dilihat mahu membawa pulang 1 mata, jangkaan peminat ternyata salah. Mereka memperkemas asakan pada minit akhir perlawanan. Dan akhirnya, Kulusevki sekali lagi mencipta assist, kali ini Kane memastikan gol itu bersih dan sah.
Ketika gol itu terhasil, detik waktu adalah minit ke-90+5. Conte tahu bahawa mereka akan pulang dengan 3 mata. Conte meraikan gol Kane itu seperti tipikal Conte yang kita kenali.
The reaction from Antonio Conte after Harry Kane scored the winner>>>
(via @SpursOfficial)pic.twitter.com/F8D26IhQc7
— B/R Football (@brfootball) February 19, 2022
Conte berlari girang hilang arah seperti kanak kanak mendapat coki coki. Pep Guardiola hanya tertunduk lesu tidak berdaya. Dia tahu bahawa itu adalah pengakhirannya.
Shine on Antonio Conte you Crazy Diamond pic.twitter.com/3E1FJAJ643
— Men in Blazers (@MenInBlazers) February 19, 2022
City tetap mencuba untuk mendapatkan 1 mata dengan beberapa serangan lagi. Pengadil menambah masa lagi selepas waktu minimum 7 minit masa kecederaan diberikan.
Tetapi Hugo Lloris dan rakan rakannya bertahan dengan baik untuk mencipta salah satu kemenangan terpenting Spurs musim ini selepas prestasi tidak menentu mereka dalam beberapa perlawanan.
Conte menjadi pengurus pertama yang menewaskan Pep Guardiola di Etihad dalam aksi Liga Perdana Inggeris.