VIDEO: Lihat Lompatan ‘NBA’ (Sekali Lagi) Ronaldo Yang Menghasilkan Gol Kemenangan

Cristiano Ronaldo sudah berusia 34 tahun. Namun kondisi fizikal beliau masih tip top. Sebab itu sebelum ini beliau sudah menyatakan dia yakin mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Semalam dalam aksi menentang Sampdoria, Ronaldo telah melakukan lompatan yang tinggi untuk menghasilkan gol tandukan menentang Sampdoria.

Ianya berlaku selepas beberapa hari lalu, Ronaldo memenangi hati peminat Juventus dengan melilitkan armband di lengan Matuidi.

Gol menentang Sampdoria itu merupakan gol kemenangan berharga untuk Juventus yang membawa 3 mata dari tempat lawan.

Dan ianya gol kemenangan penting yang dihasilkan oleh pemain istimewa dengan teknik dan gaya yang sangat istimewa.

Paulo Dybala terus cemerlang di bawah Sarri dengan jaringan pada minit ke-19. Namun ia disamakan oleh Gianluca Capri pada minit ke-35.

Dan tibalah detik sebelum wisel penamat separuh masa pertama, Ronaldo menerima hantaran lintang dan menjaringkan gol dengan lompatan lebih 2.5 meter ini.

Ronaldo telah melompat menewaskan pertahanan lawan dengan lompatan beliau dari belakang.

Korang tengok sendiri:

Gol itu sangat cantik dan ianya daripada teknik yang sangat baik dilakukan oleh pemain yang memang memiliki reputasi melakuaknnya.

Seperti yang dinyatakan di atas, semua orang tahu reputasi pemenang ballon d’or 5 kali ini dalam melakukan lompatan ala-ala pemain NBA.

Beliau sudah beberapa kali melakukannya sebelum ini dengan satu gaya lompatan yang sangat baik dengan teknik yang mengapungkan badannya di udara.

Tetapi untuk melakukannya memerlukan teknik lompatan dan tandukan yang jitu. Kawalan bahagian ‘neck muscle’ yang sebaiknya serta keupayaan melompat pada masa yang tepat.

Sebab itu sehingga ada yang melakukan cabaran lompatan tandukan Ronaldo yang menawarkan hadiah lumayan kepada para peminat.

Bukan mudah nak kekalkan kondisi fizikal seperti Ronaldo. Beliau sangat mengawal perihal diet dan juga gaya hidupnya.

Patrice Evra pernah mendedahkan di dalam peti sejuk Ronaldo penuh dengan salad. Dan anda tak akan jumpa makanan sedap kalau dia ajak datang ke rumah.

Sampai Evra berkata: “Kalau Ronaldo ajak makan di rumahnya, jangan terima.”

Evra juga menceritakan kegilaan Ronaldo dengan excercise di rumah.

Cristiano Ronaldo kembali semula ke dalam landasan untuk mencetak gol selepas beberapa perlawanan yang sukar sebelum ini.

Beliau masih lagi menjadi pemain penting pasukan besar seperti Juventus. Pada usia 34 tahun masih berada dalam senarai pemain elit di dunia, bukan perkara yang mudah.

Kemenangan itu meletakkan Juventus 3  mata di hadapan Inter Milan. Juventus kini berada di tangga teratas liga dengan Inter Milan masih ada 1 perlawanan kurang daripada mereka.

Juventus setakat 17 perlawanan sudah mencatatkan 13 kemenangan, 3 seri dan 1 kekalahan.

Mereka dalam misi terus mempertahankan Serie A di Turin pada musim ini.

Ronaldo jelas sekali mahu terus berada dalam pasukan utama Maurizio Sarri.

Baca yang lain