[VIDEO] Lihat Lukaku Atur Pertarungan Tinju Antara Martinez vs Conte, Sebab Pemain Itu Sepak Botol

Lautaro Martinez telah menyepak botol air ketika dikeluarkan dalam aksi Inter Milan berhadapan dengan Roma.

Conte memutuskan untuk mengeluarkan Martinez hanya selepas kira kirai 55 minit sahaja aksi. Sebenarnya, Martinez masuk menggantikan Alexis Sanchez pada minit ke-36 selepas pemain Chile itu cedera.

Namun ketika perlawanan berbaki 13 minit, Conte mengeluarkan Martinez dan memasukkan Andrea Pinamonti.

Kecewa dikeluarkan selepas menjadi pemain gantian, Martinez menunjukkan reaksinya di hadapan Conte dengan menyepak botol air namun Conte tidak melihat reaksi itu pada awalnya.

Tindakan Martinez itu membuatkan pegawai dan pemain di tempat teknikal terkejut. Conte menoleh dan memaki pemain itu.

Dan Conte terus mengkonfrontasi Martinez terus tanpa lengah. Conte didengar berkata: “Tolong hormat orang! Kau marah kat siapa ni? Jangan sekali-kali bertindak balas seperti ini. Aku tak suka.”

Martinez turut melemparkan jersinya. Pembantu pengurus Inter Milan, Cristian Stellini mengakui, Martinez dikeluarkan kerana penyerang itu tidak memberikan prestasi terbaik.

Walaupun Inter sudah juara, namun Conte menuntut pemain beraksi tahap optimum.

Stellini sendiri mendedahkan bahawa dia pernah diganti oleh Conte – walaupun dia masuk sebagai pemain gantian – ketika bermain di Bari.

“Ini adalah sesuatu yang juga berlaku kepada saya 14 tahun yang lalu ketika Conte adalah jurulatih saya dan saya masih seorang pemain. Dia menggantikan saya selepas 20 minit masuk ke dalam padang.”

“Ini adalah contoh mentaliti yang ingin kita lihat. Walaupun hasilnya sudah kita capai, namun kami mengharapkan semua pemain memberikan usaha yang maksimum.

“Pada masa itu, Lautaro tidak bermain dengan standard yang betul dan kami mahu pemain yang sentiasa fokus sepenuhnya.”

Martinez telah menjaringkan 16 gol dari 26 perlawanan Serie A musim ini tetapi hanya menjaringkan satu gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya.

Dalam aksi menentang Roma, Inter menang 3-1 di San Siro. Hail gol oleh Matias Vecino dan Marcelo Brozovic yang meletakkan mereka 2-0 dalam 20 minit – sebelum Henrikh Mkhitaryan merapatkan jurang gol.

Tetapi Inter membuat mata pada minit terakhir menerusi Romelu Lukaku.

Bertinju terus untuk selesaikan

Pada hari berikutnya dalam sesi latihan, Romelu Lukaku telah mengatur pertarungan tinju antara Conte dan Martinez – untuk menyelesaikan terus masalah tersebut.

Menariknya Romelu Lukaku menjadi announcer kepada pertarungan mereka.

Namun sebenarnya keadaan tersebut dalam suasana santai. Di mana Conte dan Martinez bergelak gelak antara satu sama lain.

Conte dengan sporting turut memakai sarung tangan tinju. Paling gila ada pemain Inter yang menge-boo bos mereka dalam aksi tinju tersebut. Memang sangat sporting suasananya.

Ramai peminat terhibur dengan gelagat tersebut. Seorang peminat Conte menyatakan, ke mana sahaja Conte pergi, dia akan cuba memastikan suasana dalam pasukan akan ceria dan tidak ada dendam.

Conte memang sangat tegas ketika menjadi jurulatih di tepi padang dan di pusat latihan. Namun dia seorang yang mesra dengan para pemainnya.

Baca yang lain