Video: Lihat Mane Lupa Aturcara, Pecut Ketika Orang Melutut Untuk BLM

Liga Perdana Inggeris menyokong kempen Black Lives Matter Yang sedang rancak di seluruh dunia.

Ada beberapa protokol perlawanan dilakukan pada sambungan semula Liga Perdana Inggeris dalam sambunfan kempen kali ini.

Pertamanya adalah menggunakan jersi dengan perkataan Black Lives Matter menggantikan set nama pemain di bahagian belakang untuk perlawanan minggu pertama.

Yang kedua adalah satu penghormatan dengan melutut sebelum sepak mula.

Seterusnya Liga Perdana Inggeris turut menampal logo NHS tanda sokongan kepada petugas perubatan.

Namun Sadio Mane telah memecut pantas ketika mendengar wisel dibunyikan di mana sepatutnya beliau menyertai pemain lain melutut. Mane ingatkan sudah sepak mula.

Mane menjadi bintang utama Liverpool selepas Mohamed Salah tidak diturunkan dalam perlawanan ini.

Gelagat lucu Sadio Mane itu berlaku ketika aksi derbi Merseyside yang menjadi tumpuan seluruh dunia – bersiaran langsung dari Goodison Park.

Ramai yang menyatakan Sadio Mane mungkin tak dapat mesej di telefon beliau.

Ada juga yang menyatakan Sadio Mane jenis yang tak rehearsal untuk acara khas.

Apapun, Mane mungkin terlalu teruja untuk kembali semula merumput selepas rehat panjang kerana wabak yang melanda.

Itu yang sampai terlupa akan protokol khas sebelum sepak mula.

Memang kelakuan Mane itu menjadi bahan jenaka.

Menyedari kesilapannya, Sadio Mane terus menyertai pemain lain untuk melutut.

Di atas padang Sadio Mane bermain 90 minit untuk pasukannya.

Liverpool sekadar mencatat seri dalam aksi yang agak sederhana semalam.

Sadio Mane memiliki beberapa peluang untuk melakukan sesuatu namun tidak memanfaatkannya.

Watak utama Liverpool pastinya Alisson yang berjaya menafikan 2 percubaan bahaya pasukan lawan dengan world class save.

Everton masih gagal menamatkan kemarau kemenangan mereka dalam aksi Derbi Merseyside.

Liverpool jelas bergelut dengan isu kreativiti dalam perlawanan ini. Mereka juga sukar untuk bermain di final third.

Namun begitu, ini adalah derbi dan selepas 106 hari tak bermain kerana rehat Cov19.

Sebagai rekod, game derbi Merseyside kat Goodison memang banyak seri.

Liverpool kini mengutip 83 mata — 23 mata di atas Man City.

Liverpool hanya menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Klopp pastinya sedar beliau perlu menyelesaikan urusan EPL musim ini seawal mungkin.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai