[VIDEO] Lihat McGregor Kini Dah Berubah, Penuh Ramah Mesra Dan Sporting

Conor McGregor merupakan pentarung UFC yang sangat berpengaruh. Dan beliau seringkali dikenali dengan sesi face off yang panas disulami trash talk.

Kemuncaknya adalah ketika berdepan dengan Khabib Nurmagomedov. McGregor melakukan terlalu banyak provokasi dan membuatkan orang menyampah.

Khabib selalu berkata agar UFC ini kurangkan cakap cakap sampah dan lebihkan publisiti benda positif. Misalnya kebajikan yang dilakukan Dustin Poirier serta saling hormat menghormati.

McGregor dah berubah

Namun sejak kepulangan semulanya menentang UFC berdepan dengan Donald Cerrone, McGregor menunjukkan sisi yang berbeza.

Conor McGregor mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan rendah diri dan sopan ketika sidang media pertarungan menentang Donald ‘Cowboy’ Cerrone di UFC 246.

Sikap yang ditampilkan Conor Anthony McGregor jauh berbeza dengan sikapnya sebelum ini yang bermulut celupar mengalahkan makcik puaka dan kurang ajar.

Donald ‘Cowboy’ Cerrone merupakan lawan Mcgregor di UFC 246 dan ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua petarung dalam acara lightweight.

Mengikut kedudukan UFC lightweight rankings ketika itu – Donald ‘Cowboy’ Cerrone ditangga ke-5 dan Mcgregor dikedudukan yang ke-4.

Ketika sidang media MgcGregor bukan sahaja berkelakuan sopan malah sempat melontarkan pujian kepada lawannya itu. Pelik bukan?

“Tiada seorang pun boleh sentuh aku. Aku dilahirkan untuk permainan ini. Aku jadikan permainan ini seperti yang sepatutnya.”

“Aku akan masuk ke gelanggang dan ingatkan semua orang.”

McGregor kemudian memuji dan menyatakan bahawa beliau sukakan Cowboy yang merupakan seorang lelaki yang baik.

Dan ketika melakukan KO pantas ke atas Cerrone, McGregor tidak menganjing petarung tersebut, malah dia pergi dan mengatakan sesuatu tanda menghormati Cerrone agar petarung itu tidak putus harapan dengan apa yang berlaku.

McGregor kemudian mencium dahi lawannya itu membuatkan ramai yang terharu. Siapa sangka selepas disekolahkan Khabib selama ini, akhirnya McGregor insaf.

Nenek kepada Donald Cerrone sendiri terkesima dan terharu dengan detik itu. Lalu mencium McGregor tanda penghargaan.

Wanita itu berkata: “Saya berada di Octagon ketika cucu saya kalah di tangan McGregor pada Janauari 2020. Apabila saya melihat Conor mencium Cowboy di dahinya, saya tahu dia mengiktiraf Cowboy sebagai legenda.”

“Conor kemudian berpaling ke arah saya dan saya memberikan isyarat agar dia datang kepada saya. Lalu dia pun menghampiri saya. Saya ucapkan terima kasih kepadanya dan berkata itu pertarungan yang bagus. Saya mengucapkan terima kasih kerana bersikap penuh hormat ke atas Cowboy.”

McGregor kemudian menyatakan bahawa dia memang dah lama nak bertemu dengan nenek Donald Cerrone dan membuatkan wanita itu lagi terharu.

McGregor kemudian mengumumkan persaraannya daripada UFC kerana kecewa dengan sistem padanan yang terlalu lama.

Beliau kemudian kembali semula selepas diberikan peluang bertemu dengan Dustin Poirier.

Dalam sesi face off terbaru dengan Dustin Poirier, McGregor yang awalnya dijangka akan bermain api dengan lawannya sekali lagi, sebenarnya tidak melakukannya.

McGregor malah sangat positif dan bersalaman dengan Poirier yang sebelum ini selalu dikutuknya.

Poirier malah meminta McGregor bergambar dengan sos keluaran dia dan isterinya, dan McGregor tak menolak. Sos tersebut antara produk yang digunakan Poirier untuk pertubuhan kebajikannya.

McGregor berkata: “Ayuh lakukannya [berikan aksi terbaik].”

Poirier membalas: “Kita akan lakukannya.”

Selepas turun daripada pentas, McGregor menunjukkan sisinya sebagai family man dengan bermesra bersama dengan keluarganya.

Harap McGregor kuatkan hati untuk terus berubah kepada kebaikan macam ni. Kalau sembang kasar sikit sikit tu biasalah fighter kan.

Jangan esok lusa jadi macam segelintir artis Malaysia pulak, kuat u turn.

Baca yang lain