[VIDEO] Lihat Menteri Di India Ni Minum Air Sungai Nak Buktikannya Bersih, Kemudian Masuk Hospital

Ketua Menteri Punjab, di India, Bhagwant Mann telah dimasukkan ke sebuah hospital di Delhi kerana mengadu rasa lemah dan tak bermaya.

Dia dimasukkan di Hospital Apollo Delhi selepas dia berasa tidak sihat dan mengadu mengalami sakit perut, menurut sumber agensi berita ANI.

Ketua Menteri Punjab tersebut telah diperiksa. Dan doktor mendiagnosisnya dijangkiti oleh kuman dalam ususnya.

Beliau diletakkan di wad di bawah pemerhatian pasukan pakar perubatan pelbagai disiplin peringkat tinggi di wad swasta di hospital. Laporan menyatakan bahawa Mann berada dalam stabil.

Bhagwant Mann ditemani oleh isteri dan kakaknya semasa keluar dari hospital itu.

Ketua Menteri India, Delhi Arvind Kejriwal telah melawat Mann di hospital pada hari Rabu.

Mann telah meminum segelas air dari sungai yang disebut Kali Bein sempena ulang tahun ke-22 pembersihan sungai di Sultanpur Lodhi pada Ahad.

Beliau turut mengumumkan pelancaran kempen kesedaran di seluruh negeri untuk membersihkan sungai dan longkang di negeri itu.

Namun ternyata dia kurang bijak apabila tidak begitu berhati hati dalam meminum air yang belum dirawat.

Dia yakin bahawa sungai Kali Bein yang dianggap suci itu tidak tercemar. Dan meminta rakyatnya tidak ragu ragu untuk terus meminum air dari sungai itu.

Malangnya, air itu sudah tentunya ada bakteria dan mikroorganisma di dalamnya. Itu yang membuatkannya terus dimasukkan ke hospital.

Ramai netizen di India ternyata kecewa dengan tindakan Mann. Kerana dia adalah tokoh masyarakat. Dia seharusnya mendidik masyarakat untuk sentiasa meminum air yang sudah dirawat dan bersih.

Ramai juga yang meminta Bhagwant Mann selepas ini bersuara dengan lebih tegas tentang masalah pencemaran sungai di India selepas dia sendiri terkena jangkitan kumab=n.

Baca yang lain