Selepas tamat perlawanan di antara Spurs dan Arsenal, berlaku insiden panas melibatkan pemain kedua dua pasukan dan juga penyokong Spurs di belakang gawang Ramsdale.
Segalanya bermula apabila Richarlison dilihat bertekak dengan Ramsdale dan kemudian menunjal kepala penjaga gol itu.
Keadaan terus panas, kerana penyokong Spurs bengang dengan Ramsdale yang menurut mereka telah melakukan keraian provokatif ke arah mereka ketika gol kedua Arsenal.
Seorang penyokong Spurs cuba menyepak Ramsdale namun berjaya dihalang petugas keselamatan.
Selepas itu, tiba tiba Granit Xhaka mara ke arah pemain dan penyokong Spurs di belakang gawang itu.
Arteta yang sudah meredakan Ramsdale. Dan dia tahu ianya bukan isyarat yang bagus, di mana dia harus menghentikan Xhaka daripada bertumbuk dengan orang lain di sana.
Dia terus berlari seperti orang yang mengejar bas, dan terus menarik Xhaka. Meminta pemain itu menyertai rakan rakan lain meraikan kemenangan di seksyen penyokong pelawat.
Arteta menggunakan kuasa senyumannya yang manis dan kelembutan tangannya menarik Xhaka agar beredar.
Detik itu benar benar membuatkan ramai yang geli hati.
Arteta running after Xhaka at the end is killing me😂🤣#TOTARS pic.twitter.com/ecktnCfzcD
— U.M Okoro™️ (@MarcusOkoro) January 15, 2023
Ada yang mengusik bahawa, Arteta telah mempertaruhkan nyawanya sekalipun untuk tidak melihat Xhaka bertumbuk dengan orang lain kerana dia sangat perlukan pemain itu.
Xhaka telah menjadi nadi penting dalam kempen cemerlang Arsenal musim ini.
Arteta 👀 Xhaka 😂
Thank you Gunners! pic.twitter.com/CcH8U3qbiB
— YACOPER (@YACOPER) January 15, 2023
Untung Xhaka dikejar sama Arteta.
— Berita Arsenal – A Gooner (@BeritaArsenal) January 15, 2023
Arsenal melebarkan jurang mata kepada lapan mata dengan kemenangan ke atas Spurs.
Tidak pasti sama ada Richarlison akan dikenakan tindakan. Ini kerana EPL ada sistem tindakan retrospektif yang akan digunakan.