[Video] Lihat Panenka Jahat Memphis Depay Singkir Ronaldo Dan Kawan Kawannya

Memphis Depay sebelum ini tidak beraksi dalam pertemuan pertama kerana kecederaan.

Ketika bola sepak tergendala seketika kerana wabak, Depay antara pemain yang berjaya kembali pulih untuk menyambung musim mereka.

Dalam aksi di Turin semalam, Depay ternyata pemain yang menjadi ancaman utama kepada Juventus.

Beliau telah menjaringkan satu penalti yang licik dengan panenka menewaskan Wojciech Szczesny.

Penalti tersebut agak kontroversi diberikan oleh pengadil – Felix Zwayer – kerana ternyata Bentancur melakukan tackle yang sangat tepat dan cantik ke atas Aouar.

Pengadil turut memberikan penalti kontroversi kepada Juventus pada separuh masa kedua. Di mana daripada situasi sepakan percuma Pjanic, bola terkena tangan Depay.

Jelas sekali tangan Depay berada di natural position dan ia bukannya penalti. Lebih malang, pengadil melayangkan Depay kad kuning kerana membantah.

Pengadil mungkin nak mengimbangi kesilapan penalti pertama. Tapi orang kata, dua benda salah tak akan menjadikannya betul.

Dan impak kesilapan beliau lebih dirasai Juventus kerana Lyon mendapat gol tempat lawan.

Berbalik kepada gol Depay, gol panenka itu jugalah yang meningkirkan Juventus daripada UCL sekali lagi.

Ini kerana, walaupun selepas itu Juventus bangkit dengan dua gol, Lyon mara dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas agregat 2-2.

Pemburuan Juventus untuk menjulang UCL dalam era moden mereka terus hampa. Dalam era mereka juara Serie A 9 kali, dalam 9 musim terakhir, tak satu pun disulam dengan kejayaan UCL.

UCL merupakan sasaran utama Juventus dan perkara itu yang membuatkan mereka mendatangkan bintang Cristiano Ronaldo.