[VIDEO] Lihat Pelajar 17 Tahun Ini Pecah 2 Rekod Usain Bolt Dalam Sebulan Dan Mewakili Negaranya Ke Olimpik

Pelari remaja sensasi Amerika Syarikat Erriyon Knighton telah melakukan perkara yang gila dalam arena balapan. Di mana remaja tersebut memecahkan dua rekod Usain Bolt dalam masa sebulan bagi acara remaja.

Kurang sebulan yang lalu, pelari 17 tahun itu memecahkan rekod 200m B-18 Usain Bolt (20.13s) dengan catatan baharu 20.11s.

Knighton juga menewaskan peserta pilihan acara 100m, Trayvon Bromell untuk memintas rekod Bolt dengan 0.02 saat lebih pantas. Rekod Bolt itu sudah bertahan sejak 2003 ataupun sudah 18 tahun lamanya.

Bromell sebelum ini mencatatkan 9.88 saat dalam acara 100 meter, menamatkan saingan 200m dengan 20.20 saat.

Semalam dalam satu aksi separuh akhir dalam acara saringan olimpik, Erriyon memecahkan rekod kejohanan junior  (B-20) Usain Bolt dengan catatan baharu 19.88 saat berbanding dengan 19.93 saat sebelum ini.

Erriyon menewaskan seorang lagi pelari remaja sensasi AS iaitu Noah Lyles. Korang masih ingat tak dengan remaja yang memecahkan rekod dunia Bolt sebelum ni, namun hanya sedar ianya silap kerana dia bermula di garisan permulaan yang salah.

Erriyon merupakan bekas pemain bola sepak di kolejnya telah menceburi acara balapan secara aktif sejak berusia 16 tahun lagi.

Pencapaian beliau adalah luar biasa dan sukar dipercayai dengan memecahkan rekod kejohanan B-18 dipegang Bolt.

Saksikan di sini:

Dan terbaru pada hari ini Noah Lyles pula memperbaiki catatan itu untuk menjadikannya 19.74. Namun Lyles tidak memecahkan rekod dunia mana mana kategori kerana dia sudah berusia 23 tahun.

 

Namun pencapaian Erriyon memang luar biasa. Dia akan menjadi pelajar sekolah tinggi pertyama sejak 1972 yang akan mewakili negaranya dalam Olimpik dan memecahkan rekod Usain Bolt dalam kejohanan b-18 dan kejohanan balapan junior (B-20).

Noah Lyles yang sebelum ini pernah kecewa dipermainkan oleh kesilapan teknikal akhirnya benar benar memecahkan rekod Usain Bolt.

BACA JUGA: Kisah Pelari Muda AS – Noah Lyles – Pecah Rekod Bolt, Namun Hampa Kerana Bermula Di Garisan Permulaan Tak Betul

Untuk beberapa ketika, Noah Lyles telah merasakan dirinya di awangan dengan memecahkan rekod dunia 200m milik Usain Bolt.

Usain Bolt merupakan sang legenda yang memegang rekod dua acara utama iaitu 100m dan 200m.

Noah Lyles menikmati detik dia menempatkan namanya dalam satu rekod. Itu sudah cukup membanggakan.

Dia seolah olah tak percaya, seakan akan hanya satu mimpi dan merasakan hari itu adalah hari terbaik dalam hidupnya. Noah sudah memikirkan mahu menceritakan detik bangga di hadapan media.

Dan dia sudah tak sabar nak menghubungi rakan dan keluarganya, menyatakan kegirangannya.

Namun, memang itu ibarat hanya satu mimpi. Malah lebih teruk ianya adalah mimpi ngeri.

Perasaannya dipermainkan oleh kesilapan teknikal dalam pertandingan itu.

Semasa bertanding di pertandingan Diamond League, pelari berusia 22 tahun itu mencatat masa yang pantas 18.90 saat dalam acara 200m.

Dengan megastar dari Jamaica, Usain Bolt memahat catatan rekod dunia 19.19 saat yang dianggap sukar dicabar.

Pelari pecut Amerika Lyle telah berjaya memecahkan rekod dunia – membuatkan pengulas ketika itu tidak percaya. Dia mencatatkan masa di bawah 19 saat.

Tidak ada seorang pun dalam sejarah perlumbaan Diamond League, selain dari Lyles, yang pernah melakukan larian 200 meter dalam masa 19 saat dalam jarak yang sama. Kecuali Lyles 200m. Jauh meninggalkan dua lagi peserta yang lain.

Namun realitinya kemudian meruntun jiwa, dia sebenarnya berlari hanya sejauh 185m.

Kegembiraan pelari Amerika itu tidak lama kerana penganjur acara dengan cepat menyedari dia diberikan garisan permulaan yang salah – yang bermaksud dia hanya menyelesaikan larian 185m, bukan 200m.

Oleh kerana dia hanya berlari pada jarak 15 meter, Lyles kemudian dibatalkan dari perlumbaan dan Christophe Lemaitre dari Perancis diberikan kemenangan.

Dengan wabak yang melanda dunia, Liga Zurich Diamond mengadakan pertandingan bersama atlet secara berasingan.

Untuk acara trek, senapang mula ditembak secara serentak di seluruh dunia dengan skrin terpisah yang digunakan untuk menyiarkan larian para peserta.

Malangnya bagi Lyle, yang melakukan lariannya di tanah A.S. di Florida, dengan kesalahan mudah dengan kedudukan permulaannya yang tak betul.

Bukan benda kelakar

Noah kemudian merasakan dirinya dipermainkan secara emosi dan menganggap ianya bukan perkara yang kelakar.

“Kamu tak boleh mempermainkan emosi saya macam ni. Kamu meletakkan saya di lorong yang tak betul.”

Ramai peminat Noah berharap pelumba itu akan terus memajukan dirinya dan melupakan insiden yang boleh mengganggu kariernya itu.

Bagi mereka Noah Lyles telah melakukan larian yang sangat baik. Malah ada yang mendoakan Noah Lyles akan berjaya menempatkan diri ke slot di Olimpik Tokyo.

Seorang pegawai perlumbaan pula mengecam tindakan netizen yang mengkritik mereka.

Dia menyatakan yang salah adalah mereka yang berada di Zurich yang mengarahkan Noah ditukarkan ke lorong 5.

Namun penjelasan itu tidak dapat diterima. Tak kisahlah tukar ke lorong 5 sekalipun, pegawai di situ kena pastikan Noah Lyles berada di garis permulaan 200 meter.