[VIDEO] Lihat Pemain B-23 Soton Ini Skor 3 Gol Versi ‘Copy And Paste’

Sebaik baiknya pemain bola sepak itu belajar daripada kesilapan dan jangan mengulanginya lagi. Itulah pesanan tok guru Roy Keane kepada anak anak muda pada hari ini.

Menurut Keano, kesilapan itu perkara biasa dalam bola sepak. Namun jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama dalam masa terdekat terutama sekali dalam satu perlawanan yang sama.

Tetapi pemain pemain B-23 Newcastle ternyata tidak belajar daripada kesilapan mereka.

Di mana mereka membenarkan pemain penyerang berusia 16 tahun Southampton Tyle Dibling melakukan hatrik dengan ketiga tiga golnya hampir sama ataupun salinan karbon.

Dia melakukan gelecekan masuk ke zon 14 dan melakukan percubaan ke kanan gol.

Dibling melakukan hatrik itu dalam 40 minit pertama perlawanan sebelum Jimmy Jay Morgan menjadikan kedudukan 4-0 pada separuh masa kedua.

Dylan Stephenson dan Isaac Westendorf menjaringkan 2 gol untuk pasukan tuan rumah dan perlawanan berakhir dengan kemenangan Soton 2-4 di tempat lawan.

Southampton turut beraksi 10 pemain pada separuh masa kedua selepas pengadil melayangkan kad merah terus kepada Ramello Mitchell.

Newcastle sebenarnya wajib menang perlawanan ini dalam usaha mereka mahu berada dalam 5 kelompok teratas.

Newcastle turut menurunkan pemain penjaga gol senior Mark Gillespie yang sudah berusia 30 tahun. Ini merupakan aksi pertamanya bersama skuad B-23.

NUFC U23s: Gillespie; Oliver, Scott, Stanton, Brookwell, Savage, Allan, De Bolle, Westendorf, Turner-Cooke, Wilson (Stephenson 73)

NUFC U23s subs: Wiggett, Thompson, Carlyon, Munoz, Stephenson

Southampton U23s: Lewis; Payne, Small, Tizzard, Lancashire, Bragg, Morgan (Pearce 73), Turner, Mitchell, Dibling (Otseh-Taiwo 80), Olaigbe (Finnigan 46)

Southampton U23s subs: Finnigan, Hall, Pearce, Otseh-Taiwo, Lawrence

Attendance: 638

Namun perhatian dunia akhirnya tertumpu kepada Tyler Dibling yang menamatkan aksi dengan 3 gol ataupun hatrik yang seperti salin dan tampal.

Saksikan di sini: