Kira kira 3 hari lalu, pemain di Liga Kejuaran, Ciaran Clark dari Sheffield United telah berlari dengan memegang jersinya.

Ianya gara gara jersinya ditarik oleh pertahanan lawan sampai tercabut daripada badannya.

Anehnya pengadil tidak menghentikan perlawanan atas kesalahan pemain menarik baju lawan mereka.

Clark berasa pelik kerana, pengadil nak bukti apa lagi bajunya ditarik?

Ciaran Clark boleh dilihat mengadu kepada pengadil selepas dia dibiarkan berlari tak berbaju, mujur ada baju kat dalam tu.

Semasa permainan diteruskan, dia kemudiannya boleh dilihat berlari mengejar bola sambil memegang bajunya di tangannya.

Peminat  di Stadium DW boleh kedengaran menjerit ketika Clark kerana meminta penalti daripada pengadil perlawanan Dean Whitestone.

Bagaimanapun, pengadil tidak mendapat apa-apa dan sebaliknya Wigan malah mampu melancarkan serangan balas sampai ke dalam kotak penalti Sheffield. Mujur tiada gol terhasil.

Clark masih tidak berpuas hati dan meminta pengadil memberikan penalti sebelum dia menyarung semula jersinya.

Selepas tamat perlawanan, admin Twitter Sheffield United tak dapat menahan rasa geli hatinya dengan berkongsi video Clark berlari tanpa jersinya di seluruh kawasan padang.

Sheffield menang 2-1 ke atas Wigan dalam perlawanan tersebut. Jika keputusan sebaliknya, memang Sheffield United sangat bengang tidak diberikan penalti kerana insiden menarik jersi sehingga tertanggal itu.