Amri Yahyah membuktikan bahawa dia terus malar segar dalam aksi Liga Malaysia.
Terbaru Amri Yahyah mencetak hatrik dalam aksi Liga Super Malaysia 2022.
3 gol Amri itu membantu Sabah FC menang ke atas Kedah Darul Aman FC.
Menariknya ketiga tiga gol Amri Yahyah adalah berkualiti premium.
Sabah melayan kunjungan pasukan Kedah dalam aksi keenam kedua dua pasukan dalam saingan Liga Super Malaysia 2022.
Kedah sedar bahawa mereka perlu menang jika mahu memintas JDT dalam carta Liga Super Malaysia. Walaupun JDT masih 2 perlawanan dalam tangan mereka.
Tumpuan sepenuhnya kepada bekas penyerang Selangor dan JDT iaitu veteran Amri Yahyah. Dia sekali lagi menjadi inspirasi kepada Sabah dalam aksi berdepan pasukan besar seperti Kedah.
Amri Hatrik!
Amri membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini dengan gol rembatan luar kotak penalti pada minit ke-51.
Pemain yang signifikan dengan gol gol cantik itu melakukan rembatan tanpa belas ke arah penjaga gol Kedah yang berada di positioning tak berapa bagus. Ilham yang dibawa masuk menggantikan Ifwat ternyata penuh dengan gemuruh walaupun sempat menyelamatkan penalti Baddro Bakhtiar dalam perlawanan ini.
51' GOL | Amri Yahyah meletakkan Sabah FC di depan!@SabahFCofficial 1-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Y6ihOUWsKA
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 24, 2022
Harus diakui penjaga gol harus melakukan lebih baik dalam situasi tersebut. Tetapi gol itu benar benar padu teruk.
Park Tae Su menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-55. Sekali lagi Ilham lemah dalam mengawal gawangnya. Ini bukan aksi yang terbaik daripada Ilham.
Park Tae Su melakukan percubaan yang curve menjunam dan terus masuk.
55' GOL | Park Tae-su menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi sepakan percuma ini!@SabahFCofficial 2-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/aU6fVloUUT
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 24, 2022
Kedaan menjadi lebih buruk buat Ilham dan Kedah. Amri menjaringkan gol kedua peribadinya dan ketiga untuk Sabah dalam perlawanan ini.
Kali ini Kedah dibedil di near post. Amri memastikan penjaga gol Kedah itu tidak dapat bereaksi cepat kepada rembatannya itu.
Amri diberikan ruang yang besar untuk bergerak bebas di half space dalam kotak penalti.
Beliau langsung tak dapat dihalang pada aksi kali ini. Ibarat Amri yang kita saksikan sedekad yang lalu.
61' GOL | Amri Yahyah meledak sekali lagi dengan menghasilkan gol dari sudut sukar!@SabahFCofficial 3-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/3QRqyoQEuS
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 24, 2022
Malam Amri terus bergemerlapan bersama dengan Sabah FC dalam perlawanan kali ini. Mana tidaknya, Amri Yahyah berjaya melengkapkan hatriknya.
Dan sekali lagi Amri melakukannya daripada kawasan sudut sukar. Ilham kali ini menjadi mangsa chip kemas Amri Yahyah.
Dia turut meraikan golnya dengan gaya siuuuu.
Saksikan bagaimana Amri melengkapkan hatriknya:
71' GOL | Amri Yahyah melengkapkan hatrik dengan melakukan "chip" dari sudut yang sukar!@SabahFCofficial 4-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/80WFbAGN7q
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 24, 2022
Tamat perlawanan Sabah 4 Kedah 0. Apa yang pasti Amri Yahyah baru sahaja menjaringkan hatrik Liga Super Malaysia pada usianya yang sudah 41 tahun.
Ianya pencapaian yang luar biasa. Tak ramai pemain yang mampu melakukannya. Dan pastinya rekod itu juga akan disebut untuk berdekad lamanya.
⚔️🟢🟡 NOT OUR DAY.
FT: SABAH FC 4-0 KDA FC
⚽ 50' 62' 71' AMRI YAHYA SFC
⚽ 55' PARK TAE SU SFC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS6 #SABKDA pic.twitter.com/pioSN3ZLII— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 24, 2022
Kemenangan ini membolehkan Sabah memintas Kedah untuk berada di tangga kedua. Kedua dua pasukan dengan kutipan mata yang sama selepas 6 perlawanan.
Namun Sabah ada perbezaan jaringan yang lebih baik.
Kedah menelan kekalahan kedua mereka pada musim ini. Sabah berhak memenangi perlawanan ini kerana tampil lebih efisien dan tajam.