Mauro Icardi menjaringkan salah satu gol terpenting dalam sejarah Galatasaray. Yang membolehkan kelab itu menang di bumi Inggeris buat pertama kali sejak 117 tahun penubuhannya.
Lawan mereka bukan calang calang, tetapi Manchester United di Old Trafford. Bukan mudah untuk kelab seperti Galatasaray melakar kemenangan di teater impian itu.
Namun Icardi melakukannya dengan sangat dramatik, selepas dia gagal menyempurnakan penalti sebelum itu.
Icardi melepaskan diri daripada rantaian pertahanan dan melakukan lob melepasi Andre Onana yang tidak berdaya.
Di Istanbul peminat Galatasaray meraikan gol Icardi seolah olah berada di dalam stadium. Seorang peminat bertindak seperti stadium announcer dan disambut suara penyokong yang bersorak nama Icardi.
Saksikan di sini:
An ordinary Istanbul (Galatasaray๐น๐ท) courtyard after Icardi's winning goal yesterday in Manchester๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ๐๐ป pic.twitter.com/mTo1uqlmz4
โ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ฅ ๐๐ฅ๐ญ๐ซ๐ ๐๐๐๐ข๐๐ข๐๐ฅ (@thecasualultra) October 4, 2023
Dengan kemenangan ke atas Man United, Galatasaray kini menduduki tangga kedua selepas 2 perlawanan dengan 4 mata. Di tangga ketiga adalah FC Copenhagen dengan 1 mata.
Sementara Man United di tangga keempat masih tanpa sebarang mata.
Dalam perlawanan ini, Rasmuis Hojlund mencetak 2 gol. Namun masih belum cukup untuk Man United, kerana mereka dibalas dengan 3 gol oleh kelab dari Turki itu.
Rasmus Hojlund selepas tamat perlawananย menyatakan bahawa mereka akan melihat semula analisis perlawanan. Sambil mengakui Man United melanggar peraturan asas bola sepak, bolos serta merta selepas menjaringkan gol. Ianya boleh mengganggu mentaliti pemain.