[VIDEO] Lihat Penyokong Leicester Koyak Dan Meninju Pemain Notthingam Ketika Meraikan Gol

Leicester City telah mengalami kekalahan yang memalukan melawan kelab divisyen kejuaraan Nottingham Forest pada pusingan keempat Piala FA semalam. Forest yang sebelum ini menyingkirkan Arsenal di pusingan ketiga, meneruskan kecemerlangan mereka dalam kempen Piala FA musim ini dengan menewaskan The Foxes pula.

Forest ajar Leicester dengan aksi mengejutkan

Mereka selayaknya memenangi perlawanan tersebut dengan aksi yang sangat cmerlang berdepan dengan pasukan dari Liga Perdana Inggeris.

Nottingham malah mendahului tiga gol terlebih dahulu – menerusi jaringan Philip Zinckernagel (23`), dan hanya seminit kemudian menerusi Brennan Johnson (24′), kemudian Joe Worrall pada minit (32′).

Leicester hanya mendapat 1 gol sagu hati menerusi penyerang antarabangsa Nigeria, Kelechi Iheanacho sebelum rehat separuh masa,  iaitu pada minit ke – 40.

Bagaimanapun, Nottingham Forest menjaringkan satu lagi gol menerusi Djed Spence pada minit ke-61. Membuatkan Leicester tidak ada jalan untuk bangkit lagi.

Leicester terpaksa pulang dari Stadium City Ground dengan perasaan sangat kecewa – terutama sekali mereka Leicester merupakan juara bertahan Piala FA musim lalu. Jelas sekali musim ini tidak seindah yang mereka harapkan.

Selain itu, perlawanan ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan dalam tempoh lapan tahun ini.

Ketegangan yang tinggi tentunya bukan sahaja semakin memanas antara pemain kedua-dua pasukan ketika di atas padang, malah turut dirasai oleh penyokong di tempat duduk mereka yang merasai sendiri ketegangan yang kian memuncak.

Penyokong Leicester masuk padang dan tinju pemain Forest

Sehingga berlaku satu insiden yang paling menarik perhatian adalah semasa gol ketiga Nottingham, apabila Worrall dan rakan sepasukannya berlari girang ke garisan tepi padang untuk sambutan serta keraian gol. Tetapi tanpa diduga, seorang penyokong Leicester menerpa ke padang dan menyertai sekumpulan pemain Nottingham.

Sudah tentu bukan untuk mengucapkan tahniah, dalam video yang tersebar, penyokong tersebut telah dilihat berlari dan kelihatan jengkel dan kemudiannya menerjah salah seorang pemain. Pengawal keselamatan itu kemudian bergerak pantas dan segera menangkap penyokong tersebut.

Tindakan itu sudah pastinya akan membuatkan penyokong tersebut berdepan dengan tindakan berat oleh FA Inggeris. Penyokong tersebut bakal berdepan dengan hukuman digantung daripada menonton perlawanan bola sepak di stadium untuk seumur hidup selepas tindakannya menceroboh ke dalam padang dan kemudian menyerang pemain di dalam padang.

Saksikan aksi penyokong yang koyak itu dan kemudian terus meninju pemain Nottingham secara rawak.

Saksikan rangkuman aksi perlawanan di antara Notthingham Forest dan Leicester di sini:

Nottingham Forest akan berhadapan dengan Huddersfield dalam pusingan kelima. Berikut adalah hasil undian untuk pusingan kelima Piala FA.

Luton Town akan bertemu dengan Chelsea. Crystal Palace pula akan menjamu kunjungan Stoke City di Selhurst Park. Man City akan berkunjung ke halama Peterborough.

Liverpool menempah pertemuan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, Norwich. Selain itu Middlesbrough yang menyingkirkan gergasi Inggeris Man United akan berdepan dengan sebuah lagi pasukan EPL iaitu Tottenham Hotspur.

Nottingham Forest seperti yang dinyatakan di atas akan berdepan dengan Huddersfield Town. Dan akhir sekali Everton akan berdepan dengan kelab yang membuat kejutan untuk mara ke pusingan kelima iaitu Boreham Wood.

  • Luton Town vs Chelsea
  • Crystal Palace vs Stoke City
  • Peterborough United vs Manchester City
  • Liverpool vs Norwich City
  • Southampton vs West Ham United
  • Middlesbrough vs Tottenham Hotspur
  • Nottingham Forest vs Huddersfield Town
  • Everton vs Boreham Wood

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang