[VIDEO] Lihat Rakan Jonathan Clauss Meraikan Panggilan Kebangsaan Pertamanya Pada Usia 29 Tahun

Jonathan Clauss telah dipanggil menyertai skuad Perancis buat pertama kali pada usia 29 tahun. Sebelum ini sepanjang kariernya, dia tidak pernah mewakili negaranya di mana-mana peringkat.

Dia banyak menghabiskan masa kariernya bermain di liga bawahan bola sepak Perancis dan Jerman. Namun segalanya berubah musim ini. Dia menjadi salah seorang pemain yang sangat konsisten dalam Ligue 1.

Dilahirkan di timur Perancis di Strasbourg, Clauss menyertai akademi remaja kelab kampung halamannya. Kemudian dia dilepaskan selepas 10 tahun di sana, impiannya untuk menjadi seorang profesional nampaknya musnah pada ketika itu.

Clauss kemudian mencari peluang untuk bermain di liga bawahan. Dia tak pernah mengimpikan sama sekali akan menjadi pemain antarabangsa Perancis. Lebih memikirkan menjadikan karier bola sepak di perinkat amatur untuk meneruskan kelangsungan hidup sementara cuba mencari pekerjaan lain.

Namun selepas tiga tahun bersama pasukan amatur di Strasbourg, dia menyertai pasukan divisyen enam Jerman SV Linx. Itu telah membangkitkan semula impinnya.

Ianya adalah langkahan yang membantunya kembali merasai bola sepak profesional walaupun bersama kelab bawahan. Dia meningkatkan kemahiran bahasa Jermannya. Oleh kerana dia sangat bagus berbahasa Jerman, ia sedikit sebanyak membantunya untuk mendapatkan kontrak dengan Arminia Bielefeld, yang beraksi di Bundesliga 2, pada 2018.

Sebelum itu, Clauss bermain untuk ke dua kelab amatur Perancis yang berbeza sebelum akhirnya menandatangani kontrak profesional pertama – berusia 24 tahun – dengan Ligue 2 Quevilly- Rouen.

Walaupun kelab itu bergelut, Clauss menyerlah dengan lapan bantuan gol peringkat kedua, menyebabkan dia berpindah ke Bielefeld. Itupun kerana ketika itu kelab tersebut kehilangan bek kanan utama mereka yang cedera. Clauss ditandatangani sebagai pelan kecemasan. Selain itu pada masa itu, dia gagal untuk mendapatkan kontrak dengan Dinamo Brest gagal.

Clauss memanfaatkan peluang yang tiba pada masa itu dan kelabnya yang memenangi kejuaraan liga musim 2019/20 — menjaringkan lima gol dan memberikan lapan bantuan.

Bersama Lens

Ketika kontraknya tamat, dia direkrut oleh Lens pada mulanya sebagai pemain sandaran sahaja di bek kanan. Namun dia telah menunjukkan prestasi luar biasa dan merebut kedudukan sebagai pemain utama.

Dia menikmati musim pertama menakjubkan di peringkat liga teratas dengan tiga gol dan enam bantuan gol dalam liga dalam 33 penampilan ketika Lens menikmati musim yang cemerlang dalam Ligue 1 Uber Eats.

Dia mulai menjadi perhatian kelab kelab lain di Eropah. Kualiti ketika bertahan, kemampuan mencipta peluang dan menjaringkan gol membuatkan namanya mulai dipantau kelab kelab utama Perancis dan eropah yang lain.

Malah ramai peminat mulai melancarkan kempen untuk meminta Perancis memanggil Clauss ke dalam pasukan kebangsaan. Media mulai menulis tentang prestasi Clauss yang seharusnya diberikan perhatian oleh Didier Deschamps.

Clauss sebenarnya berdepan dengan sedikit kemerosotan prestasi ketika mulai dikaitkan dengan panggilan Perancis. Namun dia mengakui perkara itu memberikan impak kepada mentaliti dan fokusnya. Kerana dia mulai terdesak mahu membuktikan sesuatu.

Clauss berkata: “Ia bukan tentang fizikal, ia lebih kepada mental,” kata Clauss, mengakui spekulasi dia akan mendapat panggilan daripada Didier Deschamps telah mengalih perhatiannya. Dia mengakui menangis di depan awek dia.

“Saya memaksa diri saya untuk tidak dan bercakap mengenainya dengan teman wanita saya. Pada satu ketika, dia memberitahu saya, ‘Bukan orang lemah sahaja yang menangis.’ Ia memberi saya dunia yang baik, dan saya tidur dengan lena malam itu. Lain kali, saya tidak akan teragak-agak untuk menangis lagi.”

Selepas peristiwa air mata itu dia kembali ke prestasi terbaiknya, dengan empat gol dan sembilan bantuan — kedua-duanya rekod terbaik kariernya.

Detik panggilan kebangsaan

Kemudian rakan rakannya bersama sama dengan Clauss menunggu pengesahan sama ada namanya benar benar dipanggil pada kali ini.

Dan saksikan detik di mana rakan rakannya meraikan kejayaan panggilan sulungnya menyertai skuad kebangsaan dengan girang sekali. Clauss menunggu dengan sabar dan gementar. Dia kemudian menitiskan air mata kegembiraan pada kali ini.

“Apabila anda mengenalinya, anda tahu dia seorang lelaki yang memberikan segalanya, sentiasa ke memajukan dirinya. Dia juga begitu dalam kehidupannya di luar padang, seorang lelaki yang sedikit gila dan tidak terlalu risau tentang sesuatu,” kata Anthony Beuve, yang bermain dengan Clauss di Avranches dalam liga bawahan bola sepak Perancis

“Sudah tentu kami mahu dia berada dalam pasukan Perancis, tetapi dia tidak percaya dia akan menjadi pemain kebangsaan suatu hari nanti. Dia berkata bahawa ia bukan untuknya, tetapi selepas kerjaya yang dia miliki, ia tidak akan mengejutkan,” kata ibu Clauss, Josiane pada tahun 2021.

Itulah kisah Jonathan Clauss si late bloomer yang tak kenal erti jemu.

Baca yang lain