VIDEO: Lihat RB Salzburg Raikan Piala Dengan Penjarakan Sosial

RB Salzburg telah melakukan jarak sosial ketika meraikan kejayaan Piala Austria di tengah pandemik COVID-19 yang sedang melanda.

Liga Austria adalah liga yang sangat ketat dalam menjaga penjarakan sosial. Terbaru, pendahulu liga mereka LASK telah dipotong 12 mata kerana kantoi melakukan latihan full contact sebelum ini.

Namun hukuman itu diringankan kepada potong 6 mata dan denda yang agak besar.  LASK berikrar mahu membuat bantahan dan rayuan di atas hukuman yang mereka anggap melampau itu.

 

Bola sepak kembali di Austria pada hari Jumaat berikutan krisis COVID-19, yang telah melanda seluruh dunia, dengan musim mereka ditangguhkan sejak Mac.

Salzburg berjaya merangkul Piala Austria dengan kemenangan tipis 5-0 ke atas lawan dari divisyen kedua, Austria Lustenau di Klagenfurt.

Bermain tanpa peminat di Worthersee Stadion, penyerang sensasi Hungary, Dominik Szoboszlai memberikan pendahuluan untuk Salzburg pada minit ke-19.

Gol sendiri Dominik Stumberger menggandakan kelebihan Salzburg sebelum separuh masa pertama berakhir.

3 lagi gol adalah menerusi Noah Okafor, Majeed Ashimeru dan Sekou Koita membolehkan skuad Jesse Marsch menikmati kejuaraan mereka. Ini juga trofi major pertama oleh Jesse Marsch.

Menjadikan beliau sebagai jurulatih Amerika Syarikat pertama merangkul kejuaraan major di Eropah.

Selepas itu, dalam keraian piala di dalam stadium, RB Salzburg telah mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika mereka menjulang Piala Austria ketujuh mereka.

Pada kanvas untuk keraian itu telah dilabel dengan bulatan untuk setiap pemain berada. Bagi mengelakkan mereka berada rapat dengan satu sama lain.

Lihat detik itu di sini:

Satu inisiatif yang sangat baik dan boleh dijadikan panduan oleh liga yang lain selepas ini.

“Rasanya sangat hebat, dapat memenangi trofi ini,” kata Marsch.

“Anak-anak buah kami banyak memberikan usaha tambahan ketika lockdown. Saya sangat bangga dengan mereka. Kami dapat menikmati malam ini dan penghormatan ini. Sekarang kami masih ada perjuangan dalam liga, yang tentunya kami mahu menang.”

Bundesliga Austria akan disambung semula pada hari Selasa, sementara pendahulu Salzburg kini berada tiga mata di carta liga selepas LASK ditolak mata.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang