[VIDEO] Lihat Reaksi Spontan Dan Kecewa Pep Guardiola Melihat Mendy ‘Bersepah’ Dikerjakan Reece James

Apa dah jadi dengan Benjamin Mendy? Pemain yang pernah dianggap sebagai bek sisi elit di Eropah satu ketika dahulu.

Namun dalam 3 musim terakhir ini, beliau terus menunjukkan penurunan aksinya.

Musim lalu beliau diberikan peluang dalam beberapa perlawanan untuk membuktikan dirinya. Namun gagal untuk meyakinkan Pep Guardiola.

Penurunan prestasi ketara itu membuatkan pemain seperti Zinchenko terus diberikan kepercayaan di bek kiri selain daripada Cancelo yang boleh bermain di kedua dua posisi.

Pep Guardiola sangat banyak berbelanja untuk bek sisi. Dan pada 2017, Benjamin Mendy menjadi pemain utama mereka. Mendy menyertai City dengan nilai £52 juta dari AS Monaco.

Mendy menjadi rebutan banyak kelab pada ketika itu.

Pep Guardiola sebelum ini pernah memiliki bek sisi yang ikonik seperti Daniel Alves, David Alaba. Mendy dilihat sebagai prospek yang akan mampu berkembang pesat di bawah Guardiola.

Dalam dokumentaru Amazon sebelum ini, Mendy adalah pemain yang sudah lama dipantau oleh Guardiola. Kerana menepati profile yang diperlukan dalam sistem juego di posicion. Oleh sebab itu Mendy dibayar semahal £52 juta.

Mendy kian merosot

Malangnya, sudah sekian lama Mendy gagal menjadi pemain yang dianggap elit.

Kecederaan ACL yang dihadapinya sebelum ini mungkin menjadi faktor utama yang mengurangkan prestasinya. Mendy baru menikmati musim pertama yang cemerlang, dan musim yang sama beliau terpaksa disisihkan kerana ACL.

Dan kini selepas lebih tiga musim di City, Mendy masih gagal untuk memberikan impak seperti mana dia mula mula tiba.

Bukan sahaja gagal menunjukkan prestasinya secara taktikal dan teknikal, namun dri segi mentaliti pun dia nampak bergelut.

Semakin hari, Mendy semakin kesuntukan masa untuk meyakinkan Guardiola bahawa dia adalah pemain yang boleh menjadi bek sisi nombor satu City.

Dalam aksi berhadapan dengan Chelsea baru baru ini, Mendy beraksi teruk. Beliau dibuli oleh Reece James.

Guardiola melihat betapa teruknya Mendy diatasi pemain muda Chelsea itu. Memang biasa pemain dilepasi pemain lain, tetapi dalam situasi Mendy, dia hilang segalanya dalam sekelip mata kepada Reece James. Dari segi keseimbangan, pemposisian, marking – semuanya menjadi satu.

Guardiola menujukkan reaksi spontannya, menceritakan betapa dia kecewa dan seakan akan tak percaya itu berlaku di depan matanya serta hanya beberapa meter daripadanya.

Saksikan di sini:

Penyokong City sendiri sedih melihat senario yang berlaku kepada Mendy dan reaksi Guardiola.

Dalam perlawana tersebut Man City tewas selepas membenarkan Chelsea bangkit dengan 2 gol pada separuh masa kedua.

Hari yang sama Aguero membuat keputusan melakukan panenka yang menjadi peningka.

 

Reece James pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Adakah Benjamin Mendy berada dalam senarai untuk dijual pada akhir musim ini? Tidak pasti la macamana. Namun yang jelas dalam pasukan yang ada sekarang, Mendy bukanlah pilihan utama.