[VIDEO] Lihat Reaksi Terkejut Bruno Fernandes Diumum Uncle Ole Sebagai Kapten

Ole Gunnar Solskjaer membuat kejutan menjelang perlawanan awal Kumpulan H Liga Juara-Juara.

Di hadapan media, Solskjaer  telah menyatakan kepercayaannya dengan memberikan lilitan kapten kepada Bruno Fernandes. Ia sangat mengejutkan Bruno Fernandes.

Perlawanan di Parc des Princes  adalah debut Fernandes di Liga Juara-Juara Eropah bersama dengan Manchester United.

Dia dipercayai akan memimpin skuad Setan Merah selepas prestasi yang membantu melonjakkan prestasi pasukannya sejak direkrut dari Sporting CP Januari lalu.

Fernandes telah menjaringkan 12 gol dalam 22 perlawanan di semua pertandingan.

Dia juga kini menjaringkan gol terbanyak United bersama Marcus Rashford.

Dengan Harry Maguire tidak akab beraksi dalam pertandingan di Paris, Solskjaer tidak ragu-ragu untuk memberikan gelang kapten kepada Fernandes setelah permulaannya yang hebat sebagai pemain United.

“Pemain di sebelah saya ini akan menjadi ketua pasukan kami dalam perlawanan ini.”

“Penampilannya juga mendapat pujian luar biasa. Dia tidak mengubah pasukan ini, tetapi dia telah memacu pasukan,” kata Solskjaer.

Fernandes kelihatan terkejut mengakui bahawa dia tidak mengetahui terlebih dahulu mengenai keputusan Solskjaer dan menggambarkannya sebagai pencapaian utama dalam kariernya.

“Saya tidak pernah mengharapkan ini, saya baru sahaja mengetahuinya pada masa yang sama dengan anda,” kata Fernandes.

“Bagi saya itu adalah suatu penghormatan. Saya akan menjadi kapten untuk rakan sepasukan saya dan menjadi kapten Manchester United adalah pencapaian penting bagi saya.”

“Tetapi saya fikir semua orang adalah kapten. Setiap orang perlu saling tolong menolong dan menjadi pemimpin dengan cara mereka sendiri; kepimpinan berbeza dalam setiap pemain. Esok bukan mengenai saya tetapi pasukan,” katanya.

“Menjadi pemimpin setiap hari di tempat latihan, setiap perlawanan dan semua orang melakukan tugas mereka untuk memimpin pasukan dengan cara yang mereka fikir adalah yang terbaik,” tambah beliau lagi.

Memang sudah ramai yang mahukan Bruno Fernandes menjadi kapten baharu pasukan mereka. Kerana menurut mereka kepimpinan yang ada pada Fernandes adalah lebih baik daripada Maguire.

Ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak kemenangan terakhir United ke-16 ke atas pasukan gergasi Perancis pada Mac 2019.

Manchester United menang hasil gol penalti masa kecederaan Mracus Rashford untuk memastikan kemenangan 3-1. United mara ke suku akhir selepas mengatasi defisit 0-2 dari Old Trafford.

“Tentu saja, itu sejarah untuk kita. Ianya di masa lalu. Sejarah yang hebat, permainan yang hebat, tetapi tidak memberi kesan pada permainan ini.”

“Kami pasukan yang berbeza, mereka pasukan yang berbeza. Ini peringkat pertandingan yang berbeza,” kata Solskjaer. ketika ditanya mengenai pertemuan sebelumnya.

“Tentu saja, tanpa penyokong, ini akan menjadi permainan yang berbeza. Kerana pada perlawanan terakhir, ketika kami mendapat gol pertama di awal yang memberi kesan di atas padang, itu adalah situasi yang sama sekali baru.

 

Baca yang lain