VIDEO: Lihat Roh Maradona Merasuk Lo Celso Yang Menggelecek Mencetuskan Gol Son

Giovani Lo Celso merupakan pemin tengah yang menjadi rebutan ramai pada jendela perpindahan yang lalu.

Bekas pemain PSG itu antara pemain  tengah terbaik di Eropah pada musim 2018/19 yang lalu.

Beliau kini melalui tempoh pinjaman di Spurs. Walaupun agak bergelut pada awal musim, namun kini pemain ini sudah mulai meningkat naik dalam aksinya di Spurs.

Misalnya dalam aksi menentang Norwich  City sebelum ini.

Malah Jose Mourinho sendiri menjelaskan bahawa: “Untuk mengaktifkan klausa pembelian tetap pada kontrak Lo Celso adalah keputusan sangat mudah.”

Dalam aksi berhadapan dengan Southampton semalam, Lo Celso melakukan gelecekan ala Maradona, dari belakang padang sehingga ke final third.

Beliau melakukan gelecekan dengan skil acahan badan, fake body feint yang sangat baik. Ramai pemain Southampton cuba mengekang beliau namun gagal.

Lebih bermakna gerakan itu mencetuskan peluang gol untuk Son Heung Min, di mana Lo Celso melepaskan bola pada masa yang tepat untuk dua lagi rakannya menyambung gerakan itu.

https://twitter.com/i/status/1221106366674276355

Pengadil memerlukan bantuan VAR untuk memastikan gol itu bersih, dan ianya disahkan.

Walaupun menguasai perlawanan dan banyak mencipta peluang, namun Spurs telah dihukum kerana terlalu membazir peluang.

Southampton menyamakan kedudukan pada baki perlawanan yang tinggal tiga minit lagi. Sekaligus mengheret Spurs ke perlawanan ulangan.

Sofiane Boufal menjaringkan gol penyamaan dengan rembatan deras – menerusi first time shot – dari dalam kotak penalti.

Jose Mourinho pastinya mahu mengakhiri kemarau kejuaraan piala oleh Spurs. The Special One ada rekod yang sangat baik dalam pertandingan piala di England.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang