[VIDEO] Lihat Rudiger Dan Pemain Real Madrid Cemas Melihat Hazard Kena Bentes Di Buku Lali

Antonio Rudiger sudah bersedia untuk membuat penampilan pertamanya untuk Real Madrid pada hari Ahad ini.

Di mana Los Blancos akan bertemu dengan musuh tradisi dari Sepanyol, Barcelona di Stadium Allegiant di Paradise, Las Vegas.

Ia akan menjadi yang pertama daripada tiga perlawanan pramusim 2022/23 untuk pasukan Carlo Ancelotti yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, dua lagi aksi adalah menentang Club America dan Juventus.

Kedua-dua pemain baharu, Rudiger dan Aurélien Tchouaméni berkemungkinan akan mendapat sekurang-kurangnya 45 minit dalam perlawanan tersebut.

Namun  sebelum aksi el clasico itu, Rudiger sudah melakukan satu bentesan yang agak ngeri ke atas Eden Hazard sampai dia sendiri tergamam dan cemas.

Rudiger dikenali dengan sikapnya yang lasak dan sentiasa serius ketika latihan. Dia  dan Hazard bergabung semula di Real Madrid.

Eden Hazard pula pemain yang banyak disisihkan sejak tiba di Real Madrid. Kebanyakannya kerana isu kecergasan dan kecederaan.

Hazard sebelum ini sudah berjanji bahawa musim akan datang akan menjadi musim kebangkitannya. Dia mahu memastikan dia benar benar cergas.

Namun ketika di sesi latihan, Rudiger telah secara tak sengaja menguji buku lali Hazard.

Dalam satu permainan rondo, Rudiger cuba menghadang bola dan tergelincir ketika kakinya terpijak bola lalu terkena kaki Hazard.

Hazard terus terbaring menahan kesakitan. Reaksi Rudiger dan pemain pemain Real Madrid yang lain pada masa itu menceritakan segalanya. Betapa mereka risau dengan pemain yang agak kaca dalam beberapa musim terakhir tersebut.

Mereka benar benar bimbang itu akan menjadi satu lagi punca yang menambah siri kecederaan Hazard.

Marca melaporkan, Hazard kemungkinan tidak akan diturunkan dalam aksi menentang Barcelona. Namun penilaian akhir pada hari ini akan menentukan tempatnya dalam aksi itu nanti. Peminat Real Madrid berkata, mereka benar benar hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Hazard.

Selaku peminat bola sepak, kita pastinya mahu bekas bintang Chelsea itu dapat bermain menentang Barcelona, ​​​​kerana kita merindui aksi Hazard versi cergas optimum.

Dalam temu bual dengan ESPN baru-baru ini, Hazard menyatakan bahawa dia berjuang untuk memahami mengapa tubuhnya mengalami banyak kecederaan sejak tiba di Real Madrid.

“Ia tidak semudah itu, terutamanya apabila anda tidak tahu mengapa anda cedera,” katanya.

“Saya pernah cedera pada masa saya di Chelsea, tetapi tidak seperti tiga tahun bersama Real Madrid. Saya tahu bahawa ia adalah sesuatu yang tidak kena dengan badan saya, jadi itulah sebabnya saya meminta untuk melakukan pembedahan pada penghujung musim tahun lalu.”

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai