VIDEO: Lihat Screamer Jay Rodriguez Dalam Kemenangan Burnley Di Old Trafford

Manchester United ni tak taulah apa mereka sedang buat. Setiap kali Chelsea keciciran mata, setiap kali itu juga la mereka keciciran mata, tak nak kalah.

Semalam Chelsea seri dengan Arsenal 2-2 di Stamford Bridge, dalam aksi yang sarat dengan drama, terutama sekali minit akhir perlawanan.

Man United diberikan peluang sekali lagi oleh Chelsea untuk merapatkan jurang mata bagi perebutan slot 4 teratas musim depan.

Namun mereka tewas di tangan Burnley, dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford.

Malam aksi United diiringi dengan ‘koir’ Ed Woodward Out dan Glazer Out oleh penyokong United yang marah dengan dua figur itu.

https://twitter.com/i/status/1220005700350500869

Penyokong meninggalkan stadium lebih awal dan terus protes sampai ke luar stadium.

United 0 Burnley 2

United memiliki deretan peluang gol namun sekali lagi ketumpulan mereka menjadi masalah berat nanang pasukan United.

Anthony Martial, antara pemain yang memiliki beberapa peluang terhidang yang tipikal boleh gol.

Burnley hanya melakukan 5 percubaan gol dan 2 sahaja on target dan kedua-duanya masuk pada hari ini. Klinikal!

Manakala Man United melakukan percubaan hampir 5 kali lebih banyak dengan 24 percubaan ke arah gol dan 7 percubaan, namun hasilnya? Tiada.

Salah satu gol menarik dalam perlawanan ini adalah gol Jay Rodriguez – gol kedua Burnley dalam perlawanan ini.

Gol pertama adalah menerusi Chris Wood, bekas pemain Leeds tu. Skor pula di Old Trafford.

Jay Rodriguez melakukan permainan kombinasi ringkas dan melakukan rembatan deras, roket, misil dari luar kotak penalti.

Beliau menewaskan David De Gea di near post. Bola tu melencong keluar sikit dan masuk ke dalam. Memang lawa.

https://twitter.com/i/status/1220108493010673664

Ketajaman, ketepatan dak kepaduan pada shot itu membuatkan ia tidak mampu diselamatkan oleh David De Gea.

https://twitter.com/i/status/1220096400941297664

Beliau mengambil satu big step untuk menjana kekuatan pada sepakannya. Jay Rodriguez memiliki ruang dan masa yang cukup untuk melakukan perkara itu.

https://twitter.com/i/status/1220097185947189248

Manchester United masih bergelut dengan prestasi mereka terutama sekali ketika ketiadaan Rashford.

Highlight perlawanan

Impak keputusan di Old Trafford

Manchester United kini sudah tewas dalam 8 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Mereka hanya menang 9 kali dan seri 7 kali dalam tempoh yang sama.

United di kedudukan tempat kelima dengan kutipan mata sama dengan Spurs di tangga keenam. Ini selepas skuad Jose Mourinho menang dalam aksi malam tadi.

Sejak menjadi pengurus tetap, Ole kini lebih banyak kalah berbanding dengan menang.

Dan ternyata beliau sangat merindui sentuhan Marcus Rashford, yang terpaksa berehat panjang kerana kecederaan.

Burnley pula semakin menjarakkan diri dengan zon penyingkiran. Burnley berjaya mengakhiri badi leading 2 gol di Old Trafford dan dikejar 2-2. Sebelum ini dua kali benda tu jadi.

Pastinya ini kekalahan ini perit untuk Man United. Lebih-lebih lagi ia berlaku di Old Trafford berhadapan dengan pasukan bawahan seperti Burnley, dan beberapa hari selepas kekalahan 2-0 (juga) di Anfield.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di