Video: Lihat (Sebelum Kena Delete) Gol Lencongan Emma Watson Mo Salah

Liverpool turun berhadapan dengan Watford pada perlawanan ke-16 EPL. Klopp melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dengan menggunakan formasi 4-2-3.

Shaqiri dan James Milner diberikan tempat dalam kesebelasan utama. Milner baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan.

Liverpool memiliki rekod tanpa kalah setakat ini dalam liga. Dan menang kesemua 15 aksi terakhir dalam liga di Anfield.

Liverpool mencipta beberapa peluang pada awal 15 minit pertama namun tidak dapat disudahkan.

Watford jelas bertahan dengan kompak dan unit rama di blok rendah.

Tibalah minit ke-20, Jordan Henderson melakukan voli ke angkasaraya. Sadio Mane kemudian melakukan blind volley yang melipatkan kaki ke belakang. Cantik juga la.

Salah tak  nak kalah dan melakukan tarian kakinya dan cuba melencongkan ke hujung gol. Tapi tak masuk.

Pada minit ke-32, Van Dijk melakukan clearance di hadapan Alisson. Serangan bahaya dari sebelah kanan Alisson.

Minit ke-36, Watford, datang lagi dengan peluang terbuka untuk Dacoure. Tetapi Gomez cemerlang melakukan blok.

Liverpool segera bertindak daripada sepakan penjuru yang teruk daripada Watford.

Mo Salah menerima bola daripada Sadio Mane. Salah menggunakan body charge sedikit melepasi pertahanan.

Tiba dalam box Mo Salah melakukan cut inside dan dengan kaki lemahnya, Salah melakukan lencongan sangat ayu, manis, cantik, menggoda, menawan, melingkari hati sanubari kita semua.

Itu gol kedua berturut-turut Mo Salah dengan kaki lemah dan dilakukan pada darjah kecantikan Emma Watson.

https://twitter.com/i/status/1205837352284884992

Gerakan itu melibatkan trio serangan Liverpool iaitu Firmino, kepada Mane, kepada Salah, kepada gol.

https://twitter.com/i/status/1205837497038704743

Salah kini lebih power daripada Luis Suarez

Korang share video ni dengan kawan kawan,

Pada minit ke-42, Watford mendapat peluang di depan mata, namun gagal disudahkan. Ada dua kali mereka berpeluang. Si Alisson pun tak tau apa yang dia sedang saksikan.

Separuh masa pertama Liverpool dominan dalam perlawanan ini dan leading 1-0.

Separuh masa kedua bakal menyusul.

Baca yang lain