[VIDEO] Lihat Sepanyol Guna Peranti GPS Tracker Untuk Berkomunikasi Terus Dengan Pemain

GPS dikenali sebagai syarikat teknologi yang membekalkan ‘sports bra’ yang turut banyak digunakan di dalam bola sepak.

GPS performance tracker membolehkan jurulatih menganalisis data pemain pemain mereka. Ianya akan menghantar banyak maklumat yang diperlukan termasuk kecergasan dan juga kadar degupan jantung pemain.

Teknologi dan bola sepak adalah dua perkara yang sangat rapat. Bermula daripada teknologi jersi, kasut bola sehinggalah ke teknologi lebih mahal seperti VAR dan juga Teknologi Garisan Gol.

Pada hari ini, taktikal bola sepak menjadi sangat kompleks. Pengurus atau jurulatih akan cuba sedaya upaya berkomunikasi dengan pemain pemain mereka sepanjang masa ketika perlawanan berlangsung.

Sebelum ini, terdapat kaedah di mana jurulatih memberikan nota pada kertas untuk memberitahu kepada pemain pemain tertentu tentang perubahan peranan atau taktikal.

Bila bercerita tentang soal nota kepada pemain, sememangnya sangat banyak halangan untuk pengurus. Sehinggakan pernah berlaku di mana Jose Mourinho meminta bantuan pemain lawan untuk memberitahu nota taktikalnya kepada Mesut Ozil ketika di Real Madrid.

Pada kedudukan Real Madrid ketinggalan 1-2 di belakang, Jose Mourinho menggunakan pemain Dortmund Marcel Scmelzer untuk menyampaikan arahannya kepada perancang utamanya, Mesut Ozil.

️Marcel Schmelzer: “Ketika saya bersedia untuk melakukan lontaran ke dalam, saya terkejut Mourinho datang ke sebelah saya, bercakap dengan saya secara serius seolah-olah dia memberi saya arahan”

“Dia kata, kamu pergi kat Ozil dan beritahu dia dia kena pergi ke bahagian tengah tu lebih cepat!!” kata dia bercakap kat telinga saya.”

“Saya memandangnya dengan hairan dan tidak menjawab, tetapi selepas saya memasuki padang dan tiba di sebelah Ozil, saya memberitahunya apa yang Mourinho katakan.”

“Apa yang paling mengejutkan saya ialah Ozil mengangguk kepada jurulatihnya bahawa dia telah memahami apa yang Mourinho mahukan, seolah-olah ia adalah perkara biasa untuk mereka.”

“Dan kemudian selepas itu Ozil mendapat gol penyamaan, saya tidak percaya, mereka menyamakan kedudukan melalui arahan yang saya sampaikan kepada Ozil. Arahan itu pula daripada Mourinho.”

Namun kisah kesulitan itu mungkin sudah ada penyelesaiannya pada masa ini. Pastinya jurulatih akan berterima kasih dengan teknologi yang disediakan oleh GPS.

Sepanyol kini menggunakan sistem yang lebih canggih dengan berkomunikasi secara terus dengan pemain mereka menggunakan sistem ini.

Terdapat speaker yang dipasang pada peranti GPS tersebut untuk membolehkan jurulatih terus memberikan arahan kepada pemain.

Jadi pemain tidak perlu pergi ke tepi padang untuk menerima arahan daripada jurulatih. Sebaliknya kekal sahaja di posisi mereka di atas padang sambil mendengar arahan ini.

Satu video dikongsikan oleh pasukan kebangsaan Sepanyol menerusi Twitter mereka yang menunjukkan bagaimana Luis Enrique berkomunikasi dengan pemain pemainnya di atas padang menggunakan GPS ini.

Jadi, peranti GPS sekarang ini lebih dari sekadar digunakan untuk menganalisis data psikologi, sebaliknya digunakan untuk berkomunikasi secara terus.

Para pemain kelihatan menerima arahan dengan lebih mudah daripada jurulatih mereka.

Saksikan di sini:

Namun terdapat juga peminat yang merasakan ada kontra di sebalik sistem seperti ini. Mereka menganggap ianya mungkin akan mengehadkan lagi peranan pemain dalam membuat keputusan sendiri berdasrkan pemikiran taktikal dan kreativiti mereka.

Baca yang lain