McGregor kembali semula ke UFC pada aksi hari ini.
Beliau sudah lebih setahun tak beraksi di Octagon. Aksi terakhir beliau pada 15 bulan lalu adalah ketika tewas di tangan Khabib Nurmagomedov.
Lawan beliau pada hari ini adalah Donald Cerrone.
Pertarungan yang awalnya dijangka sengit, ternyata tak berlaku. Ini apabila The Notorious menewaskan lawannya itu dalam masa 40 saat sahaja.
Mcgregor melakukan satu head kick dan serangan tangan kiri berbisanya, yang membuatkan Cerrone tertewas. Pengadil menamatkan pertarungan serta merta.
https://twitter.com/chriskern11/status/1218773801732911104?s=09
Ini merupakan kemenangan pertama
McGregor sejak menewaskan Eddie Alvarez pada 2016.
Dan ini juga merupakan kemenangan kedua terpantas di dalam kariernya
Beberapa bintang yang datang menyaksikan pertarungan ini termasuk Tyson Fury, Dan Tom Brady.
.
40 second destruction of the Cowboy
Conor McGregor is back
— 🏴 – Swansea City – 🏴 (@SwanseaCity_fc) January 19, 2020
McGregor mengakui beliau perlu menguatkan mental beliau untuk perlawanan ini. Di mana McGregor terpaksa melupakan masalah di luar gelanggang.
Emosi beliau jelas terpancar apabila beliau meraikan kejayaannya dengan terharu sekali.
Seterusnya McGregor berpotensi untuk berhadapan lawan seperti, juara BMF , Jorge Masvidal ataupun rematch dengan Khabib mungkin boleh menjadi kenyataan.
McGregor dalam ucapan kemenangan beliau, berkata: “Saya fighter UFC yang pertama di dalam sejarah memenangi pertarungan featherweight, lightweight Dan welterweight. Saya sangat sangat gembira dan sangat berbangga.”
Conor McGregor BEATS Donald 'Cowboy' Cerrone in just 40 seconds on stunning return at UFC 246 after 15 months away | @Griffee1https://t.co/TfjZLngtWc
— MailOnline Sport (@MailSport) January 19, 2020
Cek Lumayan
Kepulangan semula McGregor ke octagon dan juga memastikan beliau menerima cek bayaran lumayan sekali lagi dari pihak UFC.
Beliau sudah lama menghilang dari Octagon selepas aksi pada 2018 yang lalu. Ternyata nilai pasaran komersial beliau tidak susut.
Dilaporkan Conor McGregor akan mendapat sekitar £3.8 juta daripada pertarungan berhadapan dengan Donald Cerrone.
Conor McGregor, petarung berusia 31 tahun itu masih belum bertarung sebarang aksi selepas tewas di tangan Khabib Nurmagomedov pada Okober 2018.
Bayaran £3.8 juta itu hanyalah bayaran asas. Kerana Conor McGregor akan mendapat bayaran tambahan daripada PPV untuk pertarungan tersebut.
It’s great to have Conor McGregor back 🙌
(via @espn) pic.twitter.com/rGQ4US2jK4
— Sports Illustrated (@SInow) January 19, 2020
Sebelum ini, petarung dari Ireland itu, Conor McGregor mendapat bayaran sekitar £2.3 juta berhadapan dengan Eddie Alvarez dan £2.3 juga ketika berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov.
Untuk pertarungan ulangan berhadapan dengan Nate Diaz, Conor McGregor berjaya mendapat £2.2 juta.
Setakat ini, bekas pemenang 2 tali pinggang kejuaran itu telah berjaya menjana pendapatan £9.1 juta tanpa melibatkan mata PPV.
Selepas ditambah dengan bayaran yang akan datang beliau terima pada acara yang akan datang, Conor McGregor akan berjaya merangkul sekitar £12.02 juta.
Khabib Nurmagomedov pula setakat ini masih dengan nilai sekitar £8.68 juta.
Pada tahun ini Conor McGregor mensasarkan untuk bertarung dalam 3 aksi UFC selepas bercuti sepanjang tahun 2019.
Beliau sudah berlatih secara intensif sejak beberapa bulan lalu.
https://twitter.com/SportsBookUT/status/1218774245204987905?s=19
Aksi beliau pada hari ternyata membuktikan The Notorious benar benar sudah kembali ke landasan kemenangan.