[VIDEO] Lihat Teknologi Masa Depan Real Madrid Untuk Latihan Sepakan Percuma

Satu rakaman video tukar menunjukkan teknologi baharu yang telah digunakan oleh Real Madrid di tempat latihan mereka untuk meningkatkan teknik dan ketepatan sepakan percuma pemain mereka.

Sepakan percuma luar kotak penalti merupakan antara salah satu cara yang berkesan digunakan untuk menjaringkan gol. Oleh sebab itu Real Madrid tidak kisah untuk melabur wang yang banyak untuk teknologi yang membantu dalam meningkatkan keupayaan pemain dalam sepakan percuma.

Kelab-kelab di seluruh dunia telah menggunakan model patung benteng yang dipacak depan pemain untuk sepakan percuma selama bertahun-tahun.

Tetapi teknologi baharu Real Madrid ini lebih canggih. Di mana patung tersebut boleh melompat dan dikawal dengan aplikasi khas pada tablet.

Ramai yang yakin bahawa ia ini adalah masa depan. Pasukan pasukan lain akan menggunakan teknologi ini dalam beberapa tahun akan datang.

Tidak seperti patung pegun yang statik, patung patung ini ada sensor yang membolehkannya bertindak balas apabila bola dirembat oleh pengambil sepakan percuma.

Set patung patung ini ini juga boleh dilaraskan untuk meniru atau menyamai ketinggian pemain tertentu, naik dan turun bergantung pada ukuran, malah boleh meniru cara seseorang pemain melompat.

Di mana ada perisian khas digunakan untuk menetapkan corak lompatan patung itu sesuai dengan lawan yang akan mereka hadapi.

Rakaman yang dikeluarkan oleh Real Madrid menunjukkan pemain seperti Luka Modric dan Toni Kroos melakukan sepakan percuma melepasi benteng patung khas itu.

Saksikan di sini:

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.