Korang nak tv lengkung ataupun tv nipis rata? Apakata kalau korang miliki kedua duanya dalam satu?
Hari ini telah banyak sekali jenis dan rekaan tv. Dan apakata anda memiliki 2 dalam 1?
Boleh ke?
Jawapannya tentu sahaja, boleh!
Hal ini kerana LG baru saja mempamerkan TV keluaran mereka di CES. Di mana tv keluaran mereka tersebut adalah skrin rata dan juga boleh ditukar kepada mod TV lengkung.
Bagaimana ia dilakukan? Adakah perlu mengeluarkan beberapa komponen dahulu?
Tidak! Anda hanya perlu menekan satu butang khas, dan tv anda akan transform kepada rekaan kedua.
Pertukaran ataupun perlarasan mod ini hanya mengambil masa sekitar 5 saat sahaja untuk anda mendapatkan set tv dengan bentuk berbeza.
Paparan skrinnya adalah skrin OLED 4K yang sangat cantik untuk korang tengok movie.
LG menggabungkan konsep hiburan di rumah dengan hiburan atas penerbangan. Idea itu yang digabungkan untuk menghasilkan tv boleh lengkung ini.
Apabila benda lipat melipat ni pastinya kita nak tau kan, bagaimana pula dengan ketahanannya?
Pihak LG dalam presentasi mereka berkata, sebanyak lebih 35,000 ujian membengkokkan layar skrin tv tersebut telah dilakukan.
Jadi mereka memberikan jaminan produk ini sangat boleh harap.
Kajian ke atas projek ini sudah bermula sejak beberapa tahun lalu.
Pada 2018 LG juga pernah menggemparkan CES dengan memperkenalkan tv boleh gulung bersaiz 65 inci paparan 4K. Kau pernah dengar kan?
LG berkata akan meluaskan teknologi ini ke pembuatan lain seperti skrin laptop, telefon pintar mereka selepas itu.
Jadi korang tengok tv boleh lengkung itu kat sini:
LG yakin produk mereka ini akan mendapat sambutan luar biasa apabila ia mulai dipasarkan kelak.
LG juga akan mengeluarkan secara besar besaran produk ini pada suku ketiga tahun ini / 2020.
Amacam ok tak? Macam cantik je kan? Besar pun besar. Boleh buat stok bermain video game ni.