VIDEO: Lihat Van Dijk Melencongkan Bola Sebegini Rupa Dengan Senyuman Seorang Belanda Dapat Tanah

Virgil Van Dijk telah menunjukkan skillnya melakukan lencongan yang gila babi dalam sesi latihan baru baru ini.

Van Dijk merembat bola dari belakang gol dan melencongkannya masuk ke dalam gol.

Sebenarnya, Van Dijk ni memang free kick taker. Cuma di Liverpool dia tak up ranking lagi, tak cukup coin lagi tu.

Dia memang ada kemampuan untuk lencong melencongkan benda ni semua.

Lalu beliau menunjukkan sedikit kemahirannya kepada umum sempena kepulangan semula ke pusat latihan.

Selepas merembat masuk bola itu, Van Dijk hanya tersenyum dan tidak sesekali dia nampak teruja. Macam setan.

Ianya persis video Joga Bonito yang korang selalu layan di telefon nokia sabun dahulu.

SAKSIKAN:

Van Dijk menikmati musim yang bagus sejak menyertai Liverpool. Beliau sudah membantu Liverpool menjuarai UEFA Champions League, Piala Dunia Kelab FIFA, dan UEFA Piala Super Eropah.

Beliau kini dalam usaha untuk membantu Liverpool untuk menamatkan kemarau panjang Liga Perdana Inggeris.

CB pertama rembat 99 rating FUT

Virgil Van Dijk terus menjadi tunjang kepada pasukan kelab beliau iaitu Liverpool dan juga negaranta Belanda.

Van Dijk yang pernah memecahkan rekod perpindahan dunia, kini sedang menikmati musim yang baik di Anfield.

Beliau adalah tipikal ‘ballon d’or’ punya type of player ketika ini. Maksud aku kat sini, dia adalah pesaing untuk mana-mana anugerah terbaik.

Terbaru, Virgil Van Dijk telah menjadi pemain bola sepak pertama, di posisi bek tengah, dengan rating 99 diberikan oleh EA Sport dalam permainan FIFA 20 Ultimate Team (FUT).

Beliau juga telah diundi oleh peminat dan gamers di seluruh dunia untuk berada dalam kesebelasan tahunan FUT. Ini yang membuatkan rating beliau naik sebegitu rupa.

Berdasarkan statistik asas FUT oleh VVD, beliau memiliki 99 defence, 98 physical, 92 passing, 90 dribbling, 88 pace dan 80 shooting. Memang sedap korang pakai ni.

Bagi kesebelasan terbaik tahunan FUT, pertama kalinya ia melibatkan undian penyokong. Ini termasuk VVD,  Alisson, Trent Alexander Arnold, Matthijs De Ligt, Andrew Robertson, Frenkie De Jong, Sadio Mane, Kevin De Bruyne, N’golo Kante, Kylian Mbappe dan juga Lionel Messi.

Gaya permainan Van Dijk adalah berasaskan game reading. Beliau juga bijak dalam merencana hantaran bahaya daripada zon belakang.

Van Dijk musim lalu dinobatkan sebagai pemain terbaik Uefa. Beliau juga berada di tangga kedua untuk FIFA Best Award, serta Ballon d’or.

Baca yang lain