[VIDEO] Lihat Voli Terbang Dan Flick Header Amri Hiasi Kemenangan Sabah Ke Atas MU

Amri Yahyah terus menghantui pasukan lamanya. Kali ini legenda hidup Wak Am menjaringkan 2 gol ke atas Melaka dalam kemenangan 3-1 pasukan Sabah.

Amri Yahyah melakukan gol pertama dengan flick header yang memukau. Tak tau nak jelaskan macamana. Tapi gayanya memang ini tipikal training gol. Ianya kordinasi sempurna.

Amri girang meraikan gol tersebut ke atas pasukan lamanya, bersama sama dengan rakan rakannya yang lain.

Azizan Nordin menjadikan kedudukan dua kosong sebelum rehat. Satu lagi individual brilliance. Dengan melakukan gelecekan dan chop ke belakang terus melencongkan ke far post.

Tiada peluang langsung penjaga gol nak menyelamatkan gol seindah dan semanis itu.

Sabah terus menjadikan malam ini sebagai malam pertandingan gol cantik. Kali ini Amri Yahyah melakukan flying volley dengan menngunting bola dalam keadaan menyenget.

Satu keyakinan dan ketepatan yang luar biasa daripada Amri Yahyah. Bola pada hari ini benar benar ‘memahami’ Amri.

Penjaga gol kelemasan dek kerana penangan voli cantik itu.

Melaka mendapatkan 1 gol saguhati dalam perlawanan ini menerusi Fakrullah Rosli yang menyambar bola muntah dari penjaga gol.

Sabah berjaya menang 3-1 dan meneruskan kempen yang baik musim ini sejak kepulangan semula mereka ke kancah liga utama di Malaysia.

Pemain veteran, Amri Yahyah ternyata penandatanganan yang berbaloi untuk Sabah musim ini. Amri Yahyah terus menjadi pemain yang mendapat kepercayaan daripada Kurniawan Dwi Yulianto.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.