VIDEO: Lima Tahun Lalu Tifo Danke Jurgen Berkibar Tanda Selamat Tinggal

Pada 23 Mei 2016, Jurgen Klopp mengucapkan selamat tinggal kepada Yellow Wall dan selepas beberapa musim yang cemerlang bersama.

Pemergian Klopp diberikan ucapan selamat jalan yang penuh emosi oleh ultras di Yellow Wall.

Dan dalam aksi terakhir Klopp menentang Werder Bremen satu tifo ikonik telah dikibarkan di seksyen hujung Westfalenstadion dengan tertera ‘Danke Jurgen’ yang bererti ‘Terima Kasih Jurgen’.

Klopp telah menjadikan Borussia Dortmund sebagai sebuah pasukan yang digeruni. Bermain dengan corak bola sepak berindentitikan gegenpressing.

Walaupun musim terakhir yang sukar, namun Klopp tetap berjaya membantu Dortmund menempatkan diri ke Europa League.

Klopp sendiri yang mahu pergi, menurut pemilik Dortmund. Kerana mereka sentiasa percayakan kualiti pengurus tersebut walaupun sedang berdepan dengan musim yang turun naik.

Klopp terlalu kerap hilang pemain utamanya ketika dia sedang membentuk pasukan. Tetapi beliau tetap berjaya membantu Dortmund menamatkan seketika dominasi luar biasa Bayern Munich.

Sepanjang di Dortmund beliau telah melahir dan menggilap ramai sekali bintang bola sepak dengan acuannya.

Jadi pada hari terakhir beliau di Signal Iduna Park, para penyokong dan pemain Dortmund mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih yang dikenali dengan energy dan passionnya.

Momen tersebut memang ikonik sehinggakan Jurgen Klopp tak dapat menahan airmatanya.

Ia tanda penghargaan tak terhingga para peminat kepada Jurgen Klopp. Jurulatih yang telah mengubah wajah dan sejarah Borussia Dortmund buat selamanya.

Klopp telah membentuk Dortmund menjadi sebuah kelab yang luar biasa.

Klopp kemudian berehat sebentar daripada dunia pengurusan. Beliau menarik minat banyak pasukan termasuk Man United dan Bayern Munich.

Sir Alex Ferguson antara yang paling suka dengan corak pengurusan Klopp. Namun sayangnya, Klopp ketika itu memutuskan untuk tidak mengurus pasukan buat sementara.

Klopp kemudian menerima tawaran daripada Liverpool yang memantau perkembangan pengendali sensasi Jerman itu.

Beliau melakukan perkara yang sama seperti di Dortmund. Membina pasukan dengan pemain yang sesuai dengan taktikalnya.

Mengembalikan semula Liverpool ke persada bola sepak Eropah yang digeruni dan kini dianggap sebagai salah sebuah pasukan terbaik di Eropah.

Beliau membantu Liverpool menamatkan penantian trofi dengan kejuaraan UCL keenam di dalam sejarah The Reds.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.