[VIDEO] Lingard Skor Gol Cantik Dan Menari Berkumpulan Meraikannya Depan Mourinho

Jesse Lingard terus cemerlang dalam permulaan kariernya di West Ham United.

Terbaru beliau menjaringkan gol cantik dalam aksi berdepan dengan Spurs. Lingard menjaringkan gol kedua pasukannya. Selepas gol pembukaan daripada Antonio.

Lingard menerima bola daripada Fornal dalam keadaan yang sangat sukar namun masih mampu mengawalnya dengan baik.

Lingard kemudian melakukan rembatan menyilang mengatasi Hugo Lloris.

Pada awalnya gol itu tidak disahkan kerana ofsaid. Namun VAR kemudian menyemak dan mengesahkannya.

Saksikan gol padu itu di sini:

Lingard kemudian meraikan gol beliau bersama dengan rakan rakannya. Di mana mereka menari nari keriangan.

Paling ironi, keraian itu adalah di hadapan bekas pengurusnya, Jose Mourinho.

Jesse Lingard musim ini dibawa masuk selepas Sebastian Haller meninggalkan kelab. Lingard menyertai West Ham secara pinjaman.

Salah satu sebab Lingard mahu ke West Ham adalah untuk mendapatkan lebih banyak minit perlawanan bagi mendapatkan tempat dalam skuad England yang akan beraksi dalam Euro.

West Ham menang 2-1 ke atas Spurs. Gol tunggal Spurs dijaringkan oleh Lucas Moura. West Ham dalam prestasi yang sangat baik musim ini. Boleh kata macam apa yang Wolves lakukan musim lalu.

David Moyes ternyata menemui semula sentuhannya di EPL.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi