[VIDEO] Link Up Cantik Kevin De Bruyne Dan Haaland, Kemudian Haaland Mencarut Secara Langsung

Erling Haaland memulakan kehidupan baharunya di Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan 2 gol pada debut kompetitifnya.

Walaupun banyak menerima kritikan hanya kerana aksi kurang menjadi dalam Perisai Komuniti sebelum ini, Haaland membuktikan bahawa dia tidak tertekan langsung dengan semua itu.

Haaland menjadi wira Man City dalam kemenangan pada hari pembukaan ke atas West Ham.

Dan salah satu daripada golnya adalah sangat menarik kerana link up play dengan De  Bruyne yang benar benar memuaskan untuk ditonton.

De Bruyne melakukan hantaran lolos dari tengah yang membelah pertahanan lawan. Itu adalah hantaran yang disebut hantaran maut ataupun killer pass dalam terma bola sepak. Ada juga yang menyebut penetrative pass atau hantaran penetratif.

Haaland menerima bola itu dengan sentuhan berkualiti dan meleretkan bola sambil melencongkannya. Ianya memang tipikal gaya Haaland sebagai no.9 berkelas dunia.

Erling Haaland kemudian sempat mencarut di hadapan TV secara langsung selepas debut yang mempersonakan itu.

City mengawal permainan dari awal hingga akhir.

Selepas setengah jam pertama, Haaland dilepaskan menerusi hantaran bijak Ilkay Gundogan dan dijatuhkan oleh penjaga gol West Ham, Alphonse Areola. Haaland kemudian melakukan sepakan penalti dengan sangat tenang untuk membolehkan pasukannya mendahului 1-0 pada waktu rehat.

Pada separuh masa kedua, Haaland mencuri tumpuan sekali lagi apabila dia menyempurnakan hantaran lolos canti oleh Kevin de Bruyne dan dengan tenang menjaringkan gol untuk memastikan ketiga-tiga mata milik City,

Pemain antarabangsa Norway itu mungkin sepatutnya mendapatkan hatrik tetapi tidak dapat mencari gol ketiga, termasuk percubaannya yang ditepis Areola pada minit ke-78.

Selepas perlawanan, Haaland meluahkan kekecewaannya kerana tidak menjaringkan tiga gol dengan menggunakan bahasa yang agak keras.

Dia berkata: “Saya sepatutnya mencapinya [hatrik], dan agak s***t [kerana gagal], tetapi begitulah keadaannya.”

Wartawan Sky Sports Geoff Shreeves memberi amaran kepada Haaland tentang bahasanya, Haaland segera kesal tetapi sekali lagi terlepas perkataan tersebut dengan berkata: “Ah s**t, maaf.” sebelum mereka berdua sama sama ketawa.

Haaland jelas merupakan watak sebenar di dalam dan di luar padang.

Mengenai prestasi keseluruhan pasukan, Haaland berkata ia adalah permulaan yang baik untuk musim ini.

Dia menambah: “Ia adalah permulaan yang baik. Ia masih awal musim jadi adalah baik untuk mendapatkan minit perlawanan. Kami melihat potensi kami ketika menentang Bayern [dalam pra-musim] dan menentang Liverpool ia sedikit menurun tetapi ia akan datang kembali dengan perlawanan [yang ada].”

“Hantaran hantaran [dari rakan] akan datang. Ia sepatutnya lebih banyak [gol] hari ini, permulaan yang OK.”

“Ini semua tentang hubungan [link up] dalam latihan setiap hari dan mempraktikkan seperti ini. Kami akan menjadi lebih baik daripada ini, saya tidak bimbang.”

Itu jelas amaran keras kepada seluruh pasukan bukan sahaja dalam Liga Perdana tetapi juga di seluruh Eropah kerana Haaland dan City amat bermakna musim ini.

Sebelum ini Virgil Van Dijk merasakan bahawa Haaland akan menjadi igauan ngeri buat mana mana pertahanan di EPL. Dan nampaknya Haaland baru sahaja bermula.

Baca yang lain