Video: Liverpool Kongsi Detik Klopp Terkesima Melihat Aksi Minamino Lawan Liverpool

Liverpool FC mengumumkan bahawa Takumi Minamino sah menjadi milik mereka dan akan menyertai Liverpool pada Januari 2020.

Liverpool dalam kenyataan mereka menyatakan:

“Liverpool boleh mengesahkan perjanjian telah dicapai dengan Red Bull Salzburg untuk perpindahan Takumi Minamino.”

Minamino berjaya menyelesaikan terma peribadi dan melepasi ujian perubatan di Merseyside pada hari Rabu lalu seperti yang dilaporkan beberapa koresponden.

Minamino memberitahu Liverpoolfc.com: “Ianya adalah mimpi, impian saya untuk menjadi salah seorang pemain Liverpool. Dan saya sangat teruja, kini ianya telah menjadi kenyataan.”

Patutlah semangat semacam nak tunjuk power hari tu. Nak minta dibeli rupanya.

“Untuk beraksi di Liga Perdana adalah salah satu sasaran saya dalam karier. Saya rasa ini adalah liga terbaik di dunia.”

“Dan saya merasakan saya perlu mengembangkan kerjaya saya sebagai seorang pemain, maka suatu hari nanti saya akan dapat bermain di Liga Perdana Inggeris.”

“Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa saya boleh bermain dengan pasukan ini [Liverpool FC], dan saya sangat gembira. Saya sangat menanti-nantikan detik ini. ”

Minamino telah berhadapan dengan Liverpool dua kali musim ini ketika mewakili Salzburg dalam pertemuan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Malah, pemain berusia 24 tahun itu juga bermain ketika di Anfield pada Oktober ketika beliau membantu pasukannya bangkit 3-3. Namun gol Salah memberikan kemenangan kepada Liverpool.

Baru-baru ini, Minamino melengkapkan aksi 90 minit untuk Salzburg ketika Reds menang ke atas Salzburg. Dan Minamino sekali lagi beraksi cemerlang.

Liverpool mara ke pusingan kalah mati UCL, mengenepikan saingan pasukan lama beliau ketika itu.

“Dari 2 aksi itu, saya dapati pasukan ini mempunyai tahap teknik dan intensiti yang tinggi,” katanya.

“Bola sepak mereka begitu tinggi dan saya merasakan kualiti mereka sebagai UCL. ”

“Namun saya rasa lebih gembira kerana saya boleh bermain dalam pasukan ini. Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini.”

“Matlamat saya ialah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, dan memberi sumbangan yang baik kepada pasukan.”

Minamino diberikan nombor 18 yang kali terakhir digunakan oleh Alberto Moreno bersama pasukan Juara UCL. Dan sebelum ini ada cult hero yang berma Dirk Kuyt memakai jersi tersebut.

Liverpool FC telah berkongsi satu detik di mana Takumi Minamino telah membuatkan Jurgen Klopp tersengih dan terkesima melihat keupayaan teknikal pemain itu ketika menentang Liverpool.

Minamino menjadikan hidup Van Dijk serta Fabinho dalam derita. Tidak banyak pemain penyerang sokongan / no.10 yang berani berbuat begitu.

Selain daripada berani berada di zon 14. Minamino adalah pemain yang memiliki keupayaan bertahan yang baik. Kena sangat penyerang macam ni Klopp nak. Persis Adam Lallana masa dia prime. Sayang sekarang Adam Lallana banyak sangat cedera.

Itupun Klopp masih sayang dan letak jadi no.6. Aku yang semput tengok semalam.

Sambung cerita Minaamino. Ketika berhadapan dengan Liverpool Minamino, playmaking, mengancam gol, memacu (drive) pasukannya ke hadapan dan pressing. Banyak benda Jepun ni boleh buat selain daripada wajahnya yang mirip kepada Ultraman / Kamen Rider sebelum bertukar.

Anda saksikan detik itu di sini:

Jurgen Klopp ternyata sangat gembira dengan pembelian kali ini. Murah, mampat, sendat, padat, hebat, dan segala macam kata indah lagi.

Selamat datang ke Anfield

Sebelum berpindah ke Anfield, beliau bermain selama lima tahun dengan Die Mozartstädter, yang disertainya dari Cerezo Osaka pada Januari 2015.

Keseluruhannya, Minamino membuat 199 penampilan untuk Salzburg, menjaringkan 64 gol.

Selain itu beliau telah memperoleh 22 kaps untuk Jepun dan menjaringkan 11 kali sejak membuat debutnya pada Oktober 2015.

Baca yang lain