Video: Nikmati Momen Liverpool Menjulang Piala Dunia Kelab, Penamat Indah 2019

Liverpool berjaya memuktamadkan statusnya sebagai kelab terbaik di dunia pada 2019.

Ini selepas mereka menjulang Piala Dunia kelab FIFA 2019. Penyandang juara sebelum ini adalah Real Madrid.

Liverpool selepas ini akan memakai lencana khas pada jersi mereka.

Liverpool hadir ke kejohanan kali ini selaku juara Eropah. Liverpool menang 1-0 ke atas Flamengo selepas masa tambahan 30 minit.

Walaubagaimanapun ianya bukan malam yang mudah untuk Liverpool apabila memerlukan 120 minit untuk meleraikan perjuangan mereka di Piala Dunia Kelab.

Liverpool dipaksa untuk bertahan dan bekerja keras utama sekali dalam aksi 90 minit.

Liverpool memiliki peluang keemasan pada awal perlawanan ini namun kedua-duanya gagal disempurnakan oleh Roberto Firmino dan Naby Keita.

Liverpool menjulang kejuaraan tersebut selepas pelbagai halangan yang ditempuhi.

Sebelum ini Liverpool terpaksa bekorbanb1 piala domestik untuk memastikan kejuaraan Piala Dunia Kelab.

Kini pengorbanan pasukan Liverpool berbaloi dengan pulangan membawa pulang Piala Dunia Kelab 2019.

Mohamed Salah dipilih sebagai pemenang Bola Emas kejohanan pada kali ini. Ia sekaligus menambah lagi koleksi anugerah peribadi pemain kebangsaan Mesir tersebut.

Liverpool berjaya melengkapkan hatrik kejohanan antarabangsa selepas menjuarai Liga Juara Juara Eropah, Piala Super Eropah dan juga Piala Dunia Kelab sepanjang musim 2019.

Lebih manis apabila Liverpool berjaya menjadi pasukan Inggeris yang paling banyak kejohanan major di dalam sejarah.

Jaringan kemenangan Liverpool pada malam final kali ini dihasilkan oleh penyerang antarabangsa dari Brazil, Roberto Firmino.

Beliau menjaringkan dua gol dalam kejohanan kali ini. Dan ia dilakukan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Ini merupakan piala terakhir yang diperlukan oleh Liverpool untuk melengkapkan koleksi kabinet piala mereka di dalam sejarah.

Ia adalah serpihan puzzleΒ  Liverpool pernah cuba untuk dapatkan pada 2005 namun tewas. Kali ini tiada apa yang dapat meghalang pasukan yang memiliki pemain sarat dengan bakat, kendalian Jurgen Klopp/

Jom saksikan tetap manis ketika pasukan Liverpool menjulang Piala Dunia kelab FIFA yang berlangsung di Qatar:

Ketua pasukan Liverpool iaitu Jordan Henderson sekali lagi mengetuai pasukan Liverpool untuk menjulang satu lagi piala.

Liverpool menutup tahun 2019 dengan cemerlang Walaupun agak kecewa dagang menjuarai EPL meskipun berjaya mengutip 97 mata.

Fokus Liverpool selepas ini ialah balik semula ke kejohanan domestik terutama sekali Liga Perdana Inggeris.

ianya pasti festival Hari Natal yang baik pada kali ini berbanding dengan beberapa tahun yang lalu.

Para penyokong Liverpool pastinya tersenyum puas kerana sudah bersama dengan pasukan ini dalam susah dan senang.

Jelas sekali Liverpool yang ada pada hari ini sangat jauh bezanya dengan Liverpool yang ada pada beberapa tahun yang lampau.

Semoga pasukan Liverpool akan terus sukses di dalam mengejar kejohanan utama selepas ini.

YNWA gais! Bernafaslah dengan senyuman ceria pada hari ini.

Baca yang lain