[VIDEO] Liverpool Muatnaik Setiap Hantaran Tepat Alcantara vs Chelsea Yang Awesome

Thiago Alcantara melakukan debut memukau walaupun hanya 48 jam tiba di Melwood dan hanya menyertai satu sesi latihan pasukan.

Liverpool memuat naik video khas memaparkan kesemua hantara Alcantara dalam aksi tersebut.

Alcantara terpaksa dibawa masuk selepas kapten Jordan Henderson mengalami kesakitan ketika separuh masa pertama.

Klopp menyatakan beliau tidak ada keraguan memasukkan Alcantara kerana lambat laun pemain itu akan bermain juga.

Alcantara masih dalam keadaan segar bugar kerana beliau masih fit selepas bermain untuk Bayern dan Sepanyol.

Masuk saja Alcantara memberikan wow factor kepada Liverpool.

Di mana beliau mencatat rekod baharu dalam statistik opta.

Sejak Opta mengumpul data hantaran secara terperinci musim 2003/2004, tiada pemain yang hanya beraksi maksimum 45 minit melakukan hantaran tepat lebih banyak daripada yang dilakukan Alcantara.

Beliau turut mengatasi statistik hantara tepat kesemua pemain Chelsea.

Lebih menarik 10 daripada 12 hantaran jauh beliau adalah tepat.

Alcantara dibawa dari Bayern Munich. Salah satu sebab Klopp mahukan beliau adalah aset hantaran yang ada pada beliau.

Kualiti hantaran dab variasi hantaran beliau serta kemampuan mengawal tempo perlawanan beliau sangat baik.

Klopp memuji Alcantara yang dikatakan luar biasa walaupun dalam proses menyerasikan diri dengan suasana dan sistem permainan baharu.

Saksikan di sini, Alcantara menghantar bola kesemua penjuru padang dan melalui celah bedah mana sekalipun.

Aksi Alcantara itu telah menjadikan beliau salah seorang pesaing untuk calon Pemain Terbaik Perlawanan yang akhirnya diserahkan kepada Fabinho.


 

Artikel berkaitan — Analisis: Apa Yang Ditawarkan Oleh Thiago ‘All Rounder’ Alcantara Kepada Liverpool

Tak kiralah pengurus itu menggemari corak taktikal moden ataupun lebih rigid, perkara yang jelas, pasukan yang kuat di tengah biasanya memiliki stabiliti yang memberikan pasukan kekuatan.

Sebab itu kita selalu dengar nama nama pemain seperti Roy Keane, Patrick Vieira, Frank Lampard, Stevie G, Kroos, Busquets, Xavi, Iniesta dan ramai lagi pemain tengah disebut sebagai sukar dicari ganti.

Sistem Klopp mementikan dinamisme / dinamik. Di mana dua fullback akan ditolak sangat jauh ke atas.

Oleh itu, stabiliti dan fleksibiliti di tengah adalah penting. Sukar untuk mencari profiling pemain tengah yang boleh bermain dalam sistem Klopp.

Sebab yang ada pastinya mahal. Kerana ianya menuntut individu yang all rounder.

Dan muncul nama Thiago Alcantara. Pemain yang mulai dikaitkan dengan Liverpool sebaik sahaja beliau mengisytiharkan dirinya tak akan menyambung kontrak di Bayern.

Masuk ke musim 2020/21, Klopp ternyata mahu menguatkan lagi bahagian tengah mereka.

Squad depth

Orang kata, jangan ubah benda tak rosak. Dan Klopp tahu musim lalu formula squad depth beliau sangat OK.

Jadi, apabila Adam Lallana pergi Klopp perlulah mendapatkan pemain yang akan mengisi slot itu. Walaupun ada Naby Keita sekalipun yang dilihat semakin banyak minit.

Rumus dia, Klopp nak kuantiti squad depth yang sama. Jadi saya tak hairan Thiago menjadi sasaran Klopp walaupun ada sesetengah pihak menyatakan Liverpool tak perlukan Thiago.

Liverpool perlukan Thiago, kecuali dia tak nak ke Liverpool. Itu rumusnya. Barulah Liverpool boleh meneruskan perancangan tanpa Thiago.

Secara directnya, kita tahu Adam Lallana selalu cedera, dan Thiago ada rekod kecederaan juga. Jadi, kedua duanya ada similarity dari segi itu.

Oleh itu, jika Thiago cedera, Klopp yakin ketebalan kualiti skuad yang ada dapat mengisinya.

Ramai yang hanya tahu front 3 Liverpool sebagai core system dan tak ramai yang tahu kepentingan Lallana. Walaupun jarang bermain namun dia penting. Baca balik kat sini:

Liverpool ada dua pemain yang sangat dinamik sebagai ball carrier iaitu Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita. Mungkin Oxlade lebih direct di final third namun tetap ball carrier.

Statistik

Thiago Alcantara adalah pemain yang lebih stabil. Lihat sahaja kontribusi pemain ini ketika bertahan.

Thiago ada rekod  70% duel di ground yang berjaya serta ratio 3 tackle setiap 90 minit.

Walaupun hanya berketinggian  5’9 “, dia memenagi 2.8 duel udara setiap 90 minit.

Thiago pemain yang  kuat dan cepat dan sangat baik dalam memulakan flash attack ataupun ancaman mengejut.

Pecutan dan acceleration beliau boleh menjadi aset baik dengan dan tanpa bola seperti mana Sadio Mane.

Thiago umumnya dipuji sebagai pemain kreatif, tetapi sumbangan pertahanannya kurang digariskan tetapi sangat penting untuk peranan nombor enam.

Sebab itu beliau dalam wawancara pertamanya menyatakan dia akan menyumbang kepada pasukan secara bertahan dan menyerang.

Dan ini sumbangan beliau secara lebih holistik:

Di bawah kendalian sistem Flick, beliau bermain dengan 4-2-3-1, dan beliau dimainkan sebagai deep lying playmaker.

Jadi, jika Liverpool bermain dengan sistem sama maka ini formasi yang boleh dipertimbangkan:

Thiago memang dikenali dengan kecerdasan secara taktikal dan sangat tenang ketika ditekan.

Kekuatan yang paling utama adalah transisi. Beliau boleh membuat progression dari bawah ke atas dengan sangat cepat. Dan pada masa yang sama sangat bagus dalam high pressing.

Beliau memiliki body feints yang bagus, salah satu kekuatan yang sering dimiliki graduan La Masia.

Thiago boleh mencipta dan membuka ruang sama ada untuk dirinya dan juga rakannya.

Thiago ada 2.4 dribbles yang berjaya daripada purata 90 minit.

Selain daripada boleh bermain sebagai CM beliau juga boleh menjadi no.10. Posisi asal beliau dahulu sehinggalah dia menjadi pemain yang versatile.

Spray pass Thiago bukanlah sesuatu yang kita nak cakap sangat. Sebab Fabinho, Henderson, Van Dijk memiliki kualiti yang sangat bagus. So tak payah nak sentuh ini sangat.

Namun perkara yang membezakan beliau dengan pemain seperti Henderson dan midfielder lain adalah visi ketika dalam small space di final third.

Rumusan

Thiago akan membawa gaya permainannya yang lebih versatile ke dalam sistem. Boleh dikatakan dia bukan dibeli kerana sistem Liverpool, tetapi dia dibeli untuk memperbaiki beberapa fungsi dalam sistem Liverpool.

Di mana posisi beliau?

Saya tak rasa posisi nombor enam. Sebab EPL ni intensiti dia berbeza. Jadi dia akan berada di posisi no.8. Di posisi Hendo ataupun Gini Wijnaldum.

Namun harus korang ingat musim lalu ayahanda Klopp pernah bereksperimen dengan Lallana sebagai nombor enam tau. Pemain yang tidak keras di role 6.

Apa yang pasti kehadiran Thiago akan menampung semula kualiti squad depth dan Liverpool berharap kualiti tambahan beliau dijelmakan untuk memberikan spark yang baharu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.