VIDEO: Lo Celso Sanggup Tunggu Mohamed Salah Untuk Mendapatkan Jersinya

Mohamed Salah memang ikon bola sepak global. Beliau dihormati oleh rakan dan lawan termasuk pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan.

Terbaru selepas aksi menentang Spurs di Anfield, Giovanni Lo Celso sanggup menunggu beliau di dalam terowong demi untuk mendapatkan jersi yang dipakainya.

Mohamed Salah menjadi penjaring gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti.

Liverpool berhempas pulas untuk bangkit dalam aksi di Anfield pada Ahad lalu.

Spurs di hadapan seawal minit pertama lagi. Ini selepas Harry Kane menanduk masuk bola yang terkena palang dan menuju kepadanya. Bola tu dirembat oleh Son Heung Min.

Separuh masa kedua, kapten yang amat saya kasihi iaitu Jordan Henderson telah menyamakan kedudukan, hasil ping point pass daripada Fabinho

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas Sadio Mane dijatuhkan.

Mohamed Salah menyempurnakan penalti itu.

Salah terpaksa dikeluarkan pada lewat perlawanan kerana kecederaan. Klopp menyatakan kecederaan itu tidak serius. Namun Salah mungkin tak dapat beraksi dalam Piala Carabao menentang Arsenal pada awal pagi esok.

Wisel penamat dibunyikan di Anfield, Liverpool kembali menang selepas seri 1-1 dengan Man. United sebelum ini.

Lo Celso menunggu Mo Salah di terowong dan akhirnya mendapatkan jersi pemain tersebut.

https://twitter.com/Kloppholic/status/1189442274050088965?s=19

Ini semangat yang kita mahu. Semangat kesukanan yang tinggi seperti Jordan Henderson.

Baca yang lain