[VIDEO] Lob Jahat Danny Ings Menciduk Alisson Dan Reaksi Klopp

Liverpool keciciran mata sekali lagi. Dan kini The Reds masih gagal menang dalam tiga perlawanan terakhir mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Lebih pedih, gol kemenangan pasukan lawan pada kali ini adalah daripada mantan penyerang mereka sendiri iaitu Danny Ings.

Ings hanya memerluka  2 minit untuk melakukan gol jahat ke atas bekas majikan lamanya.

Segalanya berpunca apabila Thiago Alcantara melakukan bentesan di tengah padang dan memberikan peluang kepada Ward Prowse untuk merencana bola mati  – yang merupakan kepakarannya.

Prowse dengan licik, menyungkit bola. Trent Alexander Arnold pula gagal mengeluarkannya.

Ings yang menyambut bola itu dengan tenang menggunakan naluri penyerangnya untuk melakukan lob menewaskan Alisson Becker.

Saksikan di sini aksi Ings yang melukakan hati peminat Liverpool:

Jaringan tersebut adalah jaringan ke-50 Danny Ings dalam saingan liga tertinggi di tanah Inggeris iaitu Liga Perdana Inggeris.

Klopp hanya mampu tersenyum melihat gol serupa itu. Tiada apa yang boleh dikatakannya. Pertahanan Liverpool memang patut dihukum dengan gaya bertahan seperti itu.

Ings kemudian berdepan dengan persoalan yang sama dengan Bukayo Saka sebelum ini. Ada yang menganggap gol itu tak sengaja.

Namun Ings memberikan orang ramai menilai sendiri.

“Ada kata itu cross, ada kata itu shot,” kata Danny Ings.

Ini adalah kekalahan kedua Liverpool musim ini. The Reds turut mencatatkan 6 seri setakat ini. Membuatkan mereka kini berada dalam kedudukan untuk dipintas oleh Man United yang masih kurang 1 perlawanan.

Selain itu, Man City yang kurang 2 perlawanan juga ada kelebihan ke atas Liverpool.

Baca yang lain