[VIDEO] Luiz Felipe Menangis Teresak Esak, Kad Merah Sebab Rai Kemenangan Dengan Pemain Inter

Pemain pertahanan Lazio, Luiz Felipe menangis tidak dapat dipuju selepas dia dilayangkan kad merah selepas wisel penamat.

Ianya sepatutnya menjadi hari gembira, kalau menangis pun sebab air mata kegembiraan. Ini kerana Lazio menang 3-1 ke atas juara bertahan Inter.

Malangnya, Luiz Felipe bergurau dengan bekas pemain Lazio dengan meraikan kemenangan bersama dengan Joaquin Correa.

Felipe melompat dan memeluk Correa sambil menyatakan sesuatu.

Aksi di Stadium Olimpico ternyata panas, sarat dengan aksi memaki hamun di atas padang. Terutama sekali selepas Felipe Anderson meraikan gol keduanya, ketika Federico Dimarco cedera.

Pemain Inter tak puas hati, Lazio tidak mengeluarkan bola ketika pemain mereka terbaring kesakitan.

Situasi meletus lagi pada wisel penamat, ketika Luiz Felipe melompat ke atas bahu Joaquin Correa dari belakang untuk meraikan kemenangan.

Mereka berdua merupakan kawan yang sangat rapat ketika sama sama di Lazio. Seringkali bergurau biawak sesama mereka. Namun gurauan kali ini dianggap tidak boleh diterima kerana melibatkan isu profesional.

Kalau dia melakukannya di dalam terowong mungkin Correa menerimanya lagi. Malang sekali Felipe melakukannya di atas padang di hadapan para penyokong.

Lantas, Correa terus memberikan reaksi yang mengejutkan Felipe. Dia marah dengan tindakan rakannya itu.

Kad merah dilayangkan ke atas Luiz Felipe, untuk menambah satu lagi senarai penggantungan selepas Francesco Acerbi sudah digantung kerana menghina pengadil.

Pertahanan Lazio, Patric mengakui bahawa Luiz Felipe melakukan kesilapan kerana dia pun manusia biasa. Dan berharap Correa tidak menyimpan dendam di atas apa yang berlaku.

“Ya, Luiz Felipe melakukan kesilapan tadi, tapi niat kami hanyalah mahu menceriakan Joaquin Correa yang kesedihan. Tu je.”

“Kami bertiga memang sangat rapat dulu. Kami berdua melakukan kesilapan, Luiz Felipe seharusnya faham bahawa Tucu [Correa] sedang meratapi kekalahan. Saya faham reaksi Tucu tadi tu. Sekarang ni saya rasa bersalah ke atasnya.”

“Saya terus pergi ke arahnya memberitahu bahawa kami cuma nak ceriakan dia. Agak memalukan kerana Felipe sekarang terpaksa menjalani penggantungan kerana insiden dengan kawan kawan.”

“Sekarang ni, saya harap kedua dua mereka berbaik baik semula.”

Ini insiden yang dimaksudkan itu:

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan